Friday, January 09, 2009

RICH CHOCOLATE MOIST CAKE




Memang dah lama nak buat Rich Chocolate Moist Cake ni, resipi bersumber dari kak Noor Hannah yg telah banyak mendapat review yg baik sekali. Tup-tup bila nak buat, my daughter pulak sound yg kawan beliau request suruh buatkan kek hari lahir utk seorang kawan. Hmmm.... melepaslah aku nak rasa kek ni!! Dah buatkan orang takkan nak mintak sikit utk rasa pulak kan?? Nak buat dua biji, bilalah aku nak tidur..

Tapi, tak sampai hati nak tolak, and since sumer barang2 mmg dah ada, last night I bake the cake and managed to crack my head for the simplest deco which I can do. Even then, I only managed to catch some sleep after I finished the job- way past 1am. Alas....., I finally did the job. Walaupun mungkin ia tak secantik seperti yg terdapat dikedai2, I guess, I'm quite happy with it. Apapun, terima kasih kpd Kak Noor Hannah for this lovely recipe. Cuma utk toppingnya, saya gunakan chocolate ganache dari Diella yg biasa saya buat. So, bagi sesiapa yg ingin mencuba kek ini, sila rujuk ke resipi di bawah ni.



RICH CHOCOLATE MOIST CAKE
Bahan-Bahan
6 oz butter
14 oz gula castor - boleh kurangkan kpd 12 oz
3 biji telur ayam

Bahan-Bahan Yg DiBancuh Bersama:
1 sudu teh Nescafe
1 sudu teh air panas
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh chocolate emulco/paste atau oil

Bahan-Bahan Yg Diayak Bersama:
8 oz tepung high protein (tpg roti) - boleh juga guna tepung gandum
2¼ oz serbuk koko - guna yg non branded untuk warna kek yg kehitaman
½ sudu teh garam
1 sudu teh soda bicarbonate
1½ sudu teh baking powder

7 oz air sejuk - air dlm peti ais


Cara membuatnya:
1. Dgn menggunakan mixer (high speed), pukul mentega dengan gula sehingga kembang (kira-kira 15 minit)

2. Masukkan pula telur satu persatu. (medium speed). Pukul lagi hingga kembang dan sebati lalu masukkan campuran Nescafe, esen vanilla & chocolate emulco. Setelah proses ini, jangan gunakan mixer lagi.

3. Kemudian, masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan dgn kaedah "fold-in method". Kacau pelan2 – satu arah jer.

4. Selanjutnya, masukkan air sejuk sedikit-sedikit sambil di gaul perlahan-lahan sehingga sebati.

5. Tuang adunan ke dalam loyang 9" persegi yg telah dialas dan di gris dgn mentega pada dasar dan keliling loyang. Bakar dengan suhu 170C selama 50-60 minit ATAU kukus - tutup loyang dgn aluminium foil - guna api biasa.. selama 1½ jam.

HIASAN ATAS KEK
secukup strawberries
sedikit aprikot glaze (utk mengilatkan strawberries)
secukup walnut (dipanggang sebentar)
cokelat putih dan coklat biasa (utk membuat kepingan coklat yg berdesign)

CREAM COKLAT / GANACHE
250 gm cooking chocolate
1 sudu besar mentega
½ cawan fresh cream/whipping cream

Cara:
1. Cairkan cooking chocolate secara double-boil.
2. Angkat dari air panas tadi dan masukkan fresh cream/whipping cream dan mentega.
3. Kacau sehingga sebati.
4. Tuangkan atas kek dan hiaslah mengikut citarasa sendiri.

17 comments:

  1. alahai bro, macam tu kata tak cantik lagi? very nice and very rajinlah. zirafah pun jeles tengok yr choc deco

    ReplyDelete
  2. i mean zirafah jeles choc deco sama cam skin dia

    ReplyDelete
  3. hi, i am a silent follower of your blog. masa nie kami kat SG for my son medical treatment at NUH. Boleh recommend kat mana best buy barang2 and peralatan baking?

    ReplyDelete
  4. BR>makcikkantin

    Heheh, thanks. A'ah yer. bila tgk betul2, mcm zirafah pulak eh....

    ReplyDelete
  5. Hi Anonymous,

    Thanks for visiting. NUH dekat dgn Jurong West. Kalau tk silap kat sana ada satu kedai menjual bahan2 kek. Tp I nk kena check dulu alamatnya. Yg lain2 seperti rangkaian kedai2 Phoon Huat di merata Spura, Sun Lik di North Bridge Rd, Starnet Marketing di bangunan IMM Jurong East, Ghim Hin Lee di Haig Rd & Ailin Bakehouse di Tanjong Katong Complex.

    ReplyDelete
  6. kesian Zan..sampai tidur lambat..hehehe
    I LOVE CHOCOLATESSSS!!
    Wahh Zan..dah meniaga kek pulak ni..boleh order tak?

    ReplyDelete
  7. Salam BR

    For someone claiming tak de idea nak buat decoration etc...honestly, u did superbly great....

    ReplyDelete
  8. Hi anonymous or.. (s_f_a) kan?

    Thanks fr visiting. Apa nak buat, dah mmg nk menolong. Bisnez? ishh tak ler, sekedar tunaikan hajat... Di lain masa tak tau lagi lerr, kalau perlu berniaga. Buat masa ni, Alhamdulillah, majikan masih memerlukan khidmat kerja kita heheh..

    ReplyDelete
  9. Hi anonymous,

    Thnx 4 d compliment!

    ReplyDelete
  10. WS nur,

    Mmg mlm tu lama dok pikiak2 ttg camner nk hias atas kek tu. Tu pasal tido lmbt. Sib baik menjadi! Mekasih atas compliment anda yer!

    ReplyDelete
  11. wahhh..awk mengeja nama kiter mcm nak main teka teki plak...hehehe
    betul tu Zan..selagi majikan perlukan kiter..kiter mesti berkhidmat untuk dia...berjasa pd majikan..ahak

    ReplyDelete
  12. waaaa menariknye kek ni..nak try bat tapi tak tahu kalau gune sukatan oz ni..kalo gram2 tu tau ler huhuu *nak kne cari penyukat yg d gune oz dlu kt kedai*

    ReplyDelete
  13. Hi ellisa,

    1 oz lebih kurang 28gm. Kalau malas nak congak2, amik saja 1 oz=30 gm. Sonang keje heheh...Tak susah kan?

    ReplyDelete
  14. hehe mekaseh bebanyak sdr rozzan..byk bantu i tambah selera suami walopon asben i ckp kek tu cam hangus ket (kuang3X) tapi dia yg perabeh jugak hiks!i siap bwk kalkulator nk bat kek punye pasal thehehee mmm nak tnye ket..u tau x cara nk bat kueh dorayaki?it's my peberet actually..tp sik nk beli jek..xlarat huhu

    ReplyDelete
  15. BR > ellisa

    You're welcome. Cuba refer kat link ni utk resipi Dorayaki ya; http://www.myresipi.com/top/detail/995

    ReplyDelete
  16. SALAM BRO...

    sy ni baru nak berjinak2 dlm membuat kek coklat ni...
    minat dgn cara bro menyediakan masakan...
    nak tanya la... resepi kek ni ada x guna sukatan 'cawan'?
    kalau huna 'oz' ni sy tak pandai la...
    atau ada kaedah lain yg lebih mudah sikit dr gunakan 'oz'?

    ReplyDelete