Tuesday, September 30, 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalamualaikum Wr Wb.

Sehari lagi Hari Raya akan menjelang tiba. I'm sure masing-masing sekarang ni sedang sibuk membuat persiapan terakhir menyambut Syawal yg mulia ini. Mana yg nak rebus ketupat, membakar lemang (kalau kat Msia lerr), lepat, dan yg seangkatan dgnnya....

Maaf sekali lagi kerana for the past few days, shoutbox saya 'meragam' pulak. Tak dapat saya jawab pertanyaan anda dgn cepat. Baru ni dah "sembuh"- harap2 tak meragam lagi lerr.

Sempena menyambut Raya ini sekali lagi saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekhilafan, kesalahan ataupun kekata yg menyinggung perasaan semasa saya berinteraksi dgn anda semua. Sebagai manusia, kita mmg tak sunyi dari membuat kesilapan, takde yg sempurna kecuali NYA.

Semoga Aidilfitri kali ini memberikan anda lebih kebahagiaan terutama sekali bila bersama famili dan sanak-saudara. Mudah2an kita semua diberi rahmat dan hidayah dari Yg Maha Esa, Insya'allah.

Sebagai penutup entry kali ini, saya selitkan kad2 raya pemberian anda ya.



Dari VG


Dari Zanie


Dari ela


Dari Boxhousestudio
Wabillahi Taufik Wal Hidayah Ws Wr Wb.

No comments:

Post a Comment