Wednesday, August 06, 2008

PUDDING ROTI & MENTEGA

Saya pernah lihat demonstrasi Pudding Roti & Mentega ni di kaca TV dari pakar masak Cef Wan. Puas saya cari semula resipi dari beliau, tapi tak jumpa lak. Setelah saya "google" kat Internet, saya tertarik dgn satu resipi ni. Mudah dan nampak enak. Tapi, lupa pulak nak catit sumbernya. So, jika ini adalah resipi anda, saya ucapkan terima kasih. Namun demikian, saya ada membuat sedikit olahan pada beberapa bahan utk mengikut citarasa saya.




Bahan-Bahan
300 ml susu sejat (evaporated milk)
400 ml susu kotak (fresh milk)
7 butir telur
90 gram gula (boleh ditambah menjadi 120-140 gram-utk yg gemar manis sket)
1 sudu besar madu
1 sudu besar esen vanilla
½ cawan kismis (atau lebih-ikut suka)
90 gram mentega beku di potong dadu kecil
secubit garam
2 bantal (saiz sederhana) roti Perancis (dihiris)
loyang pembakar (saiz 10" x 7") (dialas dgn kertas tracing & gris sekeliling dengan mentega) dulang pembakar yang dalam sedikit dan lebih luas/besar dari loyang pembakar

Cara :
Pukul susu, telur, gula, madu, vanilla dan garam dalam besen yang agak besar. Rendam semua kepingan roti sehingga kembang. Jika terdapat banyak lagi lebihan cecair, tambah lagi roti dan rendam sehingga ia benar-benar kembang dan sebati.

Atur kepingan roti di dalam loyang sehingga mampat. Selitkan di tepian roti dengan kismis, selitkan supaya ia tidak timbul. Jika masih ada lebihan cecair, siram di sekeliling roti. Setelah itu taburkan dengan mentega dadu.

Cara Membakar:Panaskan ketuhar kpd 180 darjah Celsius. Letakkan loyang berisi roti tadi kedalam dulang pembakar. Tuangkan air kedalam dulang pembakar, jangan tuang terlalu penuh, setekat setengah penuh mencukupi. Kemudian masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit. Setelah membakarnya 30 minit, tutup loyang dengan kertas timah dan bakar lagi selama 30 minit, sehingga ia masak. Perhatikan dulang pembakarnya, jika air nya kurang, tambah lagi.

Jika selepas 1 jam, puddingnya tidak begitu garing di atas, keluarkan kertas timahnya, dan bakar beberapa minit lagi, supaya bahagian atas nya garing sedikit. Setelah puddingnya masak, keluarkan dari ketuhar, dan biarkan ia benar-benar sejuk, baru dipotong.

Pudding ini sesuai dihidangkan sewaktu minum teh petang atau untukpun utk juadah berbuka puasa. Lebihan pudding (jika ada), boleh disimpan di dalam peti sejuk.

Catatan :

Adalah lebih baik jika sewaktu anda menyusun roti yg telah kembang tadi di dalam loyang, selitkan sekali kismis di antara kepingan-kepingan roti tersebut. Ini supaya kismis itu tadi akan kelihatan lebih rata taburannya apabila pudding ini dipotong. Jika anda tunggu sehingga selesai menyusun roti tu, dan baru anda selitkan kismis tersebut, hah...ianya cuma kelihatan pada permukaan pudding saja. Harap maklum.

8 comments:

  1. Abg Rozzan..mana dapat nie resepi nie...dia punya pudding tinggi menegak...tembam sekali...Ana memang favourite la bread pudding apa2 pun...syok with tea...

    ReplyDelete
  2. Salam bro. Apa khabar? Lama mama tak menyapa. Cantik sungguh rupa puding roti bro ni.
    Jemputlah ke blogspot ma. There's something for your blog. Sudi-sudkanlah ye...

    ReplyDelete
  3. sayang suhana

    > Entah ler ana. asyik dok copy resipi kat internet sampai lupa lak nak taruk siempunya resipi tu!! Tapi kalau nak buat pudding tu rendah sket pun orait gak, gunakan loyang yg besar sedikit.

    mamafami
    > WS mama. Saya sihat, Alhamdulillah. Saya pun gitu, dah lama tk jenjalan kat umah kenkawan. Mcm bz sesgt gitu! Insya'allah nanti saya pi bertandang yer!

    ReplyDelete
  4. Salam Bro
    Great website. May i suggest that ur receipe and the method be in english also benefit those who are not well verse in malay. I;m one of them :)
    Thanks
    by i way i have tried ur method for butter cake , iT turn out well


    Thanks

    ReplyDelete
  5. WS sis & thank you for your suggestion.

    I do love to share with more people but that translates to putting in more time in doing the translation. However, time is always not on my side. Besides..., my full-time job nowadays really takes its toil on my physical and mental well-being.

    Insya'allah, as I've always said, I'd be happy to give the translation on an ad-hoc basis to those who requests. Just email me your request and I'll try to reply asap.

    Btw, glad to know your butter cake turns out well ya!!

    ReplyDelete
  6. Salaam Bro Rozzan,
    Saya telah cuba resepi ini. Pada saya, resepi ini menghasilkan puding roti yang mantap. Texturewise, mmg kemas. Tastewise, kurang manis, tapi sangat lemak. Mungkin tekak saya minat yang benar2 manis. Tak apa, saya pasti akan buat lagi. Sebab mudah penyediaan nya. Terima kasih kerna berkongsi resepi.

    ReplyDelete
  7. W'Salam.
    Wah! anda pun dah cuba ya? Mekasih krn sudi mencuba. Bab gula ni mmg ada sket sensitif lah. Tuhari masa bawak kat pejabat; yg "penawar' cakap mmg taste diaorang. Yg "pemanis" plak ckp mesti tambah gulanya. Walhasil nanti saya updatekan taruk option utk lebihkan gula. Thanks for the feedback ya sis.

    ReplyDelete
  8. As salam,n slmt hari guru ,kpda tertentu mahupun masakan,ok,tq sgt n sy rasa berterima kasih
    ,Teerbaik,tertib bro.
    Saya teringin lagi mahu buat dari mula dan mulakan lgi Spai menjadi masakan sempurna yg org ramai suka,doakan saya,arifah26

    ReplyDelete