Monday, February 18, 2008

BATURA

















Batura merupakan sejenis makanan kaum India/Pakistan yg enak dan dapat dinikmati di restoran2 India yg menjual pelbagai hidangan seperti Thosei, Capati, Idli dan lain2. Bahan-bahan asas yg digunakan adalah seperti tepung, susu, tairu (yoghurt), minyak sapi dan yis atau bic of soda. Semalam, saya mencuba resipi Batura yg mmg telah lama ada dlm simpanan. Ianya bersumber dari Chef Tania, seorang chef tempatan (Thanks Chef! ). Berikut adalah resipinya:


BATURA
Bahan-Bahan:
400 gm tepung gandum
120 gm susu cair
100 gm minyak sapi
½ sud uteh garam
1 sudu makan yeast segera
3 sudu makan tairu
½ sudu teh bacom A100 (sejenis pemangkin)- saya gunakan bread improver
1 sudu teh baking powder
secukup minyak jagung utk menggoreng (saya guna minyak biasa)

Cara:
Satukan kesemua bahan dan uli hingga rata. Kemudian perap doh selama 10 minit.
Selepas itu, ambil secukup doh, canai setebal 5 mm ( ½ cm) dalam bentuk bulat atau bujur.
Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan sekeping doh tadi perlahan-lahan ke dalamnya.
Teruskan menggoreng hingga kekuning-kuningan dan masak.
Angkat dan toskan. Hidangkanlah bersama Keema Madras.


KEEMA MADRAS
Bahan-Bahan:
350 gm daging lembu atau ayam (kisar)
2 biji kentang (potong dadu)
2 biji tomato (potong dadu)
1 cawan sayur campur (mixed vege)
beberapa tangkai daun ketumbar
2 biji bawang besar (potong dadu)
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 sudu makan garam masala (saya gunakan 1 sudu makan)
4 sudu makan rempah kari daging (tumis bersama halia, b.putih)

Cara:
Tumbuk halia dan bawang putih hingga lumat. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumbuk ini hingga garing. Masukkan bawang besar serta garam masala dan terus menumis hingga bawang layu. Masukkan daging cincang, kentang dan tomato. Tuang air secukupnya dan masaklah hingga daging dan kentang empuk. Akhir sekali, masukkan garam dan sayur campur. Masak hingga kuahnya agak pekat.

Pemerhatian Saya:
1) Resipi Batura ni mmg sedap cuma.. agak muak sedikit kerana penggunaan minyak sapi yg agak banyak – 100 gm bagi 400 gm tepung. Mungkin, percubaan seterusnya, saya akan kurangkan sukatannya atau gunakan 50 gm minyak sapi + 50 gm minyak jagung/biasa.

2) Oleh kerana susu cair/sejat pun agak lemak, mungkin anda boleh gunakan susu segar atau susu rendah lemak.

3) Oleh kerana tidak terbiasa dgn pengunaan garam masala, saya telah ubah sedikit resipi keema ini dgn menambah serbuk rempah kari ke dalamnya.

4) Di negara India/Pakistan, Batura juga dimakan dgn hidangan Chana Masala iaitu sejenis lauk yg diperbuat dari kacang kuda.

Cuba lihat ......... demonstrasi masakan ini.

http://video.webindia123.com/cookery/breakfast/battoora/index.htm

http://video.webindia123.com/cookery/curry/veg/chana/index.htm

2 comments:

  1. Looks interesting ni. Ok now, questions :
    1. Minyak sapi boleh tak digantikan dengan majerin?
    2. When frying this Bathura, will it be oily?
    The more I looked at this recipe, the more I want to try, tapi esok nak balik kampung pulak... Kalau peram lama ni kang, sah sah semangat kendur! Tak apa, nanti bro jampi balik eh...hahaha.. just kidding!

    ReplyDelete
  2. Boleh gak tapi kurang umphh laa..Actually, Batura ni adik beradik sepusat-sepusing dgn Roti Mariam atau Puree. Mesti ada gunakan sket m.sapi. Kalau you kurang gemar dgn m.sapi, maybe you use majerin but add in a little bit of ghee- kasi aroma sket.

    Kalau nk goreng, api tak boleh pelan sgt, mesti panas sbb gorengnya sebentar jer. Bila nak angkat make sure toskan minyaknya.
    Hope that explains. You cuba tgk kat video tu. Betul2 India jugak punya goreng..heheh.

    Nak balik kpg kat Melaka eh? Takpe, balek nanti boleh wat ler!!!

    ReplyDelete