Rojak India merupakan salah satu hidangan yg memang saya gemari sejak dari kecil lagi. Ketika itu, di pasar berhampiran rumah saya ada gerai menjual makanan khususnya sarapan pagi. Masih ku ingat lagi pelbagai gerai yg ada. Di tepi sekali, ada gerai makcik yg menjual lontong, mee siam, mee rebus. Sebelahnya seorang pakcik India Muslim menjual rojak india (di Spore ni ianya pun disebut rojak mama) dan yg hujung sekali gerai Aci yg menjual thosai. Waktu tu umur sedang meningkat naik dan faham2lah, makan pun aiseymen, boleh tahan gak! Semuanya selera!! Pendekata, rojak india tulah yg paling feveret. Dgn hanya 30 sen, dah dapat makan sepinggan; dua tiga bahan jadilah..kenyang! Thosei yg dijual di gerai Aci tu pun memang sodap! Sekeping besar pun 30 sen, muai. Pernah terfikir di dalam hati "kalaulah aku tahu buat ni semua, berbaloi!" Takyah pi beli lagi. Semangat yg camni lah yg selalu menggerakkan saya utk mempelajari dan mendalami bidang kulinari ini.
Anyway, untuk hari ini, saya nak share resipi ROJAK INDIA yg telah beberapa kali saya buat, the latest being today. Actually terdapat 2 versi resipi ini dari dua chef tempatan tetapi saya ada olah sedikit (siket je) utk menepati citarasa saya. Bagi sesiapa yg nak cuba, here's the recipe.
ROJAK INDIA
Bahan-Bahan Untuk Kuahnya
250 gm kacang tanah (disangai, kemudian buang kulit dan tumbuk kasar-kasar)
750 gm keledek (direbus, buang kulit dan lecek hingga lumat)
10 sudu makan lada serbuk atau lada kisar
2 ulas bawang putih
2-3 hiris halia
100 gm gula pasir
300 gm gula merah
1400 -1500 ml air
250 gm air asam jawa (atau secukup rasa)
1/2 botol sos tomato
100 gm bijan (disangai - goreng tanpa minyak)
garam secukup rasa
1 sudu makan tpg jagung (optional)
Cara:
Satukan keledek, lada serbuk, air, gula pasir/merah dan masak diatas api yg perlahan hingga mendidih. Masukkan air asam, sos tomato, kacang tumbuk, garam dan bijan sambil dikacau rata-rata. Biarkan sebentar, kemudian dialihkan dari api.
Nota:
Sesuaikan rasa mengikut citarasa anda sendiri, tambah dan kurangkan apa yg perlu. Kuahnya ada rasa masam (sket je) dan manis. Jgn terlalu pedas.
BAHAN-BAHAN ROJAK
Tepung Kelapa
100 gm tepung beras
75 gm kelapa parut
75 gm air
½ sudu teh garam
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh bicarbonate of soda
½ sudu teh yeast (basah)
Cara:
Satukan semua bahan dan gaul sehingga rata lalu gorenglah adunan sedikit-sedikit. -yang ni saya tak buat
Tepung Telur
150 gm tepung gandum
125 gm air
1 sudu teh yeast (basah)
1 sudu teh garam
2 biji telur rebus
warna oren secukupnya
Cara:
Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga rata. Adunan ini boleh digoreng begitu saja utk dibuat semacam jemput-jemput atau dijadikan adunan pembalut telur rebus, tahu ataupun udang goreng iaitu bahan-bahan yg lazim dimakan bersama kuah rojak ini.
Tahu Udang
Kalau hendak membuat tahu udang, ambil sekeping tahu dibelah dua (horizontally); kemudian letakkan sedikit adunan tepung ini di atas tahu tadi lalu bubuhkan seekor udang dan tekan2 sedikit supaya melekat. Gorenglah di dalam minyak yg banyak.
Tepung tauge
150 gm tepung gandum
½ cawan kelapa parut
1 cawan tauge
100 gm air
½ sudu teh yeast (basah) -lebih kurang 1/4 s.teh (or slightly less) yis kering
½ sudu teh baking powder
Cara:
Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga rata. Goreng adunan seperti anda menggoreng jemput-jemput.
Udang Goreng Tepung
50 gm tepung beras
200 udang basah (gunakan udang yg kecil2, agar bila digoreng, ianya garing dan rangup)
50 gm air
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh yeast (basah)
garam secukupnya
Cara:
Satukan semua bahan di atas dan gaul sehingga rata. Masukkan udang ke dalam adunan tepung dan gaul rata. Ambil sesenduk adunan dan gorenglah hingga masak.
- harini saya tak dapat buat udang goreng tepung ni sbb udang kecil ni tak musim. Satu pasar saya 'tawaf' tak jumpa2 gak!
Kentang Rebus
6 biji kentang rebus
1 sudu makan serbuk lada kering
1 sudu teh kunyit serbuk
Cara:
Panaskan sedikit minyak dan tumiskan lada dan kunyit, kemudian masukkan kentang sambil dibalik-balikkan. Bila sudah rata,lalu diangkat. (saya malas nak buat, kentang tu plain je!)
Tempeh/Tahu
Celupkan tempeh/tahu di dalam air garam lalu digoreng seperti biasa. Ataupun ambil sedikit bahan tepung tadi, dicairkan sedikit lalu balut pada tempeh sebelum digoreng.
Sambal Sotong
Rendam dua keping sotong kering dengan abucang selama 1 malam. Panaskan sedikit minyak dan tumis tiga labu bawang besar yg digiling, lada kering serbuk dan sedikit warna merah. Setelah itu masukkan sotong tadi, gaul rata. (Saya beli jer sotong yg siap kembang dan tumislah seperti cara di atas)
Bahan-Bahan Lain (Jika Suka)
Fish cake/roll, crabstick, hotdog, paru, limpa, etc.
Bahan-Bahan Hiasan/Garnishing
Daun salad/lettuce, timun, lada hijau, bawang besar
PERATURAN
Potong bahan-bahan seperti tepung telur rebus, kentang, tahu/udang berbalut tepung, tepung kelapa dan sebagainya ke dalam pinggan besar. Hiaskan bahan-bahan itu dengan daun salad, timun dan hirisan lada hijau serta bawang besar. Hidangkan bersama kuah rojak.
NOTA:
1) Sukatan yeast segar (basah) kpd yeast kering~ 1 bahagian yis segar sama dgn 3/8 bahagian yis kering atau diringkaskan, rationya lebih kurang, 2 ½ sudu yis segar : 1 sudu yis kering
2) Kalau anda ingin membuat adunan tepung utk bahan-bahan rojak dgn ringkas, maybe anda boleh mencuba resipi dibawah ini yg tak kurang sedapnya, Insya'allah. Cepat dan jimat masa menyediakannya.
Bahan-Bahan Membuat Adunan Tepung (batter)
1 kg tepung gandum
6 gm yeast kering
1 sudu teh garam
1 – 1.2 liter air
1 sudu makan kunyit serbuk
Cara:
Ayak tepung dan gaul rata dgn yeast, kunyit serbuk serta garam. Tuangkan air sedikit demi sedikit sehingga adunannya menjadi seperti adunan jemput-jemput. Perap adunan dalam bekas yg besar sedikit selama 2 ½ hingga 3 jam, sehingga ia mengembang 2 kali ganda. Sebaik-baiknya tutup dgn kain kasa yg nipis. Tepung ini akan digunakan utk menyalut bahan-bahan rojak yg hendak digoreng.
Baiklah jom kita makan, atau istilah orang Singapura, YUK MAKAN YUK!!
Salam rozzan, ini rojak mama memang sedaplah..tp skrg susah nak dpt yg sedap kat sini even yg kat tekka pun takada. Yeast basah mana nak beli dan boleh tukar gunakan yeast biasa buat roti?
ReplyDeletekak siti.
W'Salam. Mmg betul tu sis. Actually I think yg kat Geylang ada satu stall yg boleh tahan rasa rojak indianya. Dulu waktu di pasar lama, gerainya terletak di belakang blk 3 Geylang Serai, kalau tk silap nama stallnya Hamid Rojak. Anyway, saya dah update ttg ratio yis basah dgn yis kering. Anyway, I suggest you buat gunakan resipi alternatif ringkas yg I kasi tu. Mudah dan enak jugak. Infact kalau I malas, I gunakan resipi mudah tu jer! Cubalah, Insya'allah sedap!
ReplyDeleteSalam Bro,
ReplyDeleteKalau u dapat beli sepinggan rojak semurah tu, rasa rasanya kita sebaya lah. I slalu makan rojak kat Queen, belakang City Plaza yang sekarang, rojak nya aiseyman, power kedemak!!!he he he
WS Nur,
ReplyDeleteUmur saya ada tercatat kat profile, sebaya kot! Anyway, saya mmg selalu gak ikut arwah mak pi kat Kedai kopi disebelah panggung wayang Queens tu. Mmg sedap rojak kat situ, murtabak pun orait.. waktu tu umur agak2 6-7 thn.