Wednesday, October 31, 2007

KEK LAPIS HAW FLAKES (ASAM MANIS)

A few days ago, I baked another kek lapis haw flakes. My last entry on this kek lapis is of the steamed version. http://rozzan.blogspot.com/2007/05/kek-lapis-masam-manis-haw-flakes.html Back then it was too sweet for the liking. When I compare this version of baked kek lapis masam manis (haw flakes) to the steam version- wahh... what a big difference in the sugar content. This recipe I obtained from a few sources in the Internet and I've made slight changes. This time round, the cake produced is not too sweet though. But you may also lessen the quantity of the haw flakes in order to reduce further the sweetness of the cake. So here's the pic and recipe.


KEK LAPIS HAW FLAKES (MASAM MANIS)

Bahan-Bahan

10 biji telur

190 gm gula halus (boleh kurangkan kpd 120-130 gm)

450 gm mentega

300 g biskut Marie–tumbuk halus

secukup haw flakes

1 tin susu pekat manis

85 gm sekaya

1 sudu teh vanilla

Cara:

1. Pukul gula dgn mentega hingga kembang. masukkan telur sebiji sebiji, kacau rata2.

2. Masukkan biskut tumbuk tadi dan kacau lagi hingga rata. Kemudian masukkan susu pekat, sekaya dan esen vanilla.

3. bahagikan adunan kepada 3 atau 4 bahagian dan warnakan dgn warna pilihan anda

4. Alaskan loyang 9" x 9" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira2 180-190 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan genap atau alternate layers. (ekcelli, saya taruk pd setiap lapisan- that's why the taste still a little too sweet for me!) So take note ya.

Biskut Raya

Salam buat semua. Dah masuk minggu ketiga kita berhari raya. Pejam celik, pejam celik, dah nak berakhir bulan Syawal yg mulia ini. Begitu cepat masa berlalu. Kpd sesiapa yg saya blum berkesempatan, di sini saya sekali lagi menyusun sepuluh jari memohon maaf jika terdapat salah dan silap semasa berinteraksi dgn anda semua. Semoga anda semua berbahagia di samping keluarga di Hari Raya ini.

Dah beberapa minggu saya tak update blog ni- almaklum Rayalah katakan. Macam malas nak update. Masa pun seakan tidak menyebelahi saya. Hujung minggu - samada pergi berziarah atau pun menerima tamu di rumah. Kekadang tu (waktu malam) belum selesai kemas selepas tetamu pulang, tepon bunyi lagi... "Hello, kau ada rumah? kalau ada kami nak singgah!" Heheh..lemah longlai rasanya.. Agak-agak, next time kalau dah penat nak layan tamu, bila tepon bunyi jgn angkat kot??? Atau pun tutup sumer lampu kat umah. Boleh gitu??? Tapi, think on the positive side! Mereka yg sudi berkunjung ke rumah kita menandakan mereka ingat pd kita. That's more important- mengeratkan tali silaturrahim sesama kita.
Last Sunday, we receive tetamu from my wife's side. Ada jugaklah kami prepared lauk Bamiah, Mee Goreng, hot-dog wrapped in roti canai pastry, jelly fruit cocktails and brownies. Tapi dek kerana sibuk dan perhaps mls, satu gambar pun tak snap!!
Anyway, di sini saya nak share some pics of the cookies yg kami sediakan waktu Raya ni. Ada juga yg kami beli jer!! (kuih tart & bangkit) heheh.. Kalau takde org membeli kuih kat pasar/bazar Ramadhan tu, camner peniaga2 tu nak untung, kan? Btw, kuih tart tu rupanya kureng but the taste , ooo very nice! very gedik oso! So, here's the pics.








Thursday, October 11, 2007

SELAMAT HARI RAYA























Assalamualaikum WRWB. Sempena Syawal yg bakal tiba ini, saya sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI kepada semua yg mengenali diri saya, rakan2 bloggers/FP dan juga semua pengunjung blog saya. Di hari dan bulan yg baik ini, saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa-apa kesilapan atau terkasar bahasa semasa berinteraksi dgn anda semua. Sesungguhnya manusia itu tidak sunyi dari melakukan kesilapan. Yg baik dan sempurna itu datangnya dari Allah SWT, manakala yg kurang itu adalah dari saya sendiri.

Saya minta maaf juga kerana tidak membuat banyak updates dalamasa 2 minggu kebelakangan ini ekoran dari tugasan yg harus disempurnakan. Alhamdulillah, dalam waktu tersebut dapat juga saya dan keluarga menyiapkan beberapa kuih-muih sebagai persiapan Raya nanti. Actually, tahun ini satu kuih pun saya tak buat, heheh... Terima kasih kpd isteri dan anak saya yg telah menyiapkan lebih kurang 6 jenis biskut/cookies. Selain itu, kami beli jer krepek2 /kekacang/ rempeyek , dll. Saya hanya membuat 5 kek lapis.. Alhamdulillah cukup lah tu. Tengoklah nanti kalau ada masa nanti, (bila eh??, lusa dah nak raya) akan ku buat 2-3 jenis kuih raya. So, sekali lagi .. Selamat Hari Raya semoga anda semua berbahagia di samping keluarga yg tersayang.

Salam Ukhuwah dari saya.






























KEK LAPIS COFFEE PRINCESS

Bahan (A)
20 biji kuning telur sejuk
5 biji putih telur sejuk
350 gm gula halus
50 ml air sejuk
210 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh baking powder

Bahan (B)

354 gm mentega
5 sudu besar susu pekat
2 sudu besar coffee oil
½ sudu teh garam halus
sedikit pewarna merah


Peraturannya:
1. Pukul Bahan A hingga pekat dan sebati. Ketepikan.
2. Pukul Bahan B sampai kembang.
3. Masukkan Bahan B sedikit-sedikit ke dalam Bahan A. Kacau rata-rata.
4. Bahagia adunan kepada 2 bahagian. Satu diwarnakan merah dan yg satu lagi dibirakan plain.
5. Bakarlah 2 lapis plain dan dua lapis merah (atau satu plain, satu merah) sehingga adunan selesai digunakan.


Nota:
Gunakan loyang 10”x 7” atau 8”x8”.
Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing/parchment & gris dgn mentega.
Gunakan api grill (api atas je) dgn suhu kira-kira 220–240 darjah Celsius.




















KEK LAPIS CHOCOLATE HAZELNUT

Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
6 biji putih telur
12 oz gula halus
16 oz mentega
4 oz tpg Hong Kong
2 sudu makan susu pekat
secukup hazelnut ( cincang & dipanggang )
1 oz tepung susu
1 oz tepung ice-cream chocolate
2 sudu makan serbuk cocoa (campur dgn sedikit air panas)
1 sudu teh chocolate emulco
1 sudu teh baking powder
1 susu teh vanilli
100 gm kismis hitam/kuning (optional)


Peraturannya:

1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.

2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.

3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.

4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.

5. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan tepung susu. Yang satu lagi dibubuh chocolate emulco, cocoa dan tepung ice-cream chocolate.

6. Bakarlah selapis, selapis hingga selesai. Setiap lapisan cokelat ditabur dengan hazelnut cincang manakala yg plain dibubuh dgn kismis.





















Kek Lapis Dewi Pandan ni saya tukil dari FP Lee Lin. Saya membuat sedikit perubahan sahaja iaitu sari segi lapisannya. Instead of 2 lapis plain, 1 lapis hijau, 2 lapis plain dan seterusnya; saya bakar satu plain satu hijau. Apa pun, terserahlah kpd anda yg membuatnya. Resipi yg seperti saya buat adalah seperti berikut:


KEK LAPIS DEWI PANDAN

Bahan A:
250 gm tepung tepung gandum (saya gunakan tpg Hong Kong)
250 gm gula kastor
200 ml susu sejat
1 peket santan segera (santan serbuk, kira-kira 50 gm)
10 biji kuning telur
4 biji putih telur
1 sudu besar ovalette

Bahan B:
300 gm mentega
sedikit pewarna hijau
esen pandan
kelapa parut kering (dessicated coconut), jika suka


Cara:
1. Pukul bahan A hingga ringan dan kembang. Ketepikan.

2. Pukul mentega hingga kembang. Kemudian masukkan ke dalam bahan A. Kacau sehingga sebati lalu bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

4. Satu bahagian dibubuh esen pandan dan pewarna hijau lalu dikacau rata.

5. Yang satu bahagian lagi dibiarkan dalam warna asal.

6. Bakarlah selapis-selapis dengan diselangi-selikan antara warna hijau dan warna asal. Gunakan 1 senduk lauk (kira-kira 5-6 sudu besar adunan). Bakar di dalam ketuhar dgn suhu 220- 240 darjah Celsius selama 5-7 minit.

7. Pada setiap lapisan warna hijau, anda bolehlah taburkan kelapa kering, jika suka.

8. Bakar sehingga semua adunan selesai digunakan.

9. Akhir sekali, kecilkan suhu ketuhar kpd 170-180 darjah (api atas bawah) dan bakar lagi selama kira-kira 5 minit.

10. Keluarkan dan biarkan sejuk di dalam acuan.


Nota:
Jangan bubuh terlalu banyak kelapa kering kerana ini akan membuat kek anda 'kering sket' dan kurang lembab (moist). Pengunaan kelapa kering ini juga akan mengurangkan kemanisan pada kek anda.

Monday, October 01, 2007

ROTI JOHN & MEE SUKIYAKI (KICAP)

Hari ini berbuka dgn makanan ringkas, Roti John. Alhamdulillah, my 2 daughters chipped in to help. I just did one or two Roti Johns while they did the rest. Senang sket, bolehlah papa relax one corner...







Semalam berbuka dgn Mee Sukiyaki (sejenis mee kicap) yg telah saya pelajari dari arwah ibu. Rupanya and perhaps rasanya seperti Rinnchan's Claypot-Style Noodle. Bezanya, mee ni tidak dicempluk telur ke dalamnya dan lazimnya dimakan dgn cili hijau jeruk. Cuma semalam kuahnya terkurang sedikit. Actually, mee ini lebih enak dimakan dgn kuah yg lebih. So just the pics yaa.