Saturday, June 30, 2007

TAPAI UBI / FERMENTED TAPIOCA

Prepared this tapai ubi a few days ago. And , today managed to see the results.




















TAPAI UBI

1 kg ubi kayu (kupas kulitnya, potong anggaran 4-5cm & bilas dgn air)
1 keping ragi (dihaluskan jadi serbuk- gesek dgn pengayak tpg pun boleh)
secukup daun pisang (utk membungkus tapai)

Cara:
1) Rebus ubi yg telah dibersihkan tadi hingga 3/4 masak (jgn sampai lembik) lalu ditoskan dan biarkan sejuk.

2) Susun selapis ubi kayu di dalam sebuah bekas (periuk pun boleh). Taburkan rata-rata serbuk ragi tadi ke atasnya. Susun lagi selapis ubi kayu dan tabur lagi ragi. Buat begini sehingga kesemua ubi tadi habis. Tutup periuk rapat-rapat. (ada juga kaedah lain di mana setiap ubi tersebut disapukan dgn serbuk ragi)

3) Ambil sehelai kain putih (atau apa-apa pun kain yg ada!) dan bungkus periuk tadi. Kemudian peraplah selama kurang lebih 3-4 hari.

4) Bila tapai sudah menjadi, baunya akan naik, dan ia akan mengeluarkan sedikit air yg manis.

5) Bungkus tapai dgn daun pisang utk menambahkan lagi aroma tapai ubi tadi.

Nota :
Arwah ibu saya suka menggunakan pasu yg diperbuat drpd tanah liat utk memerap ubi menjadi tapai. Kekadang tu, selepas membuat, beliau simpan bekas tu kat tempat yg orang lain tak mungkin jumpa! Bukan apa, maybe bimbang ada yg 'tegur' atau tanya pasal tapai tu. Banyak juga pantang-larang lain ketika hendak membuat tapai ini seperti selama waktu pemerapan ubi tadi, si pembuat haruslah mengelakkan dari perasaan marah2, masam muka, dll. Walau apapun, saya rasa itu semua hanyalah petua saja. Insya’allah, kalau kita yakin, pasti menjadi.




















FERMENTED TAPIOCA
1 kg tapioca (remove skins, cut into 4-5cm chunks)
1 piece dried compact yeast or “ragi” in Malay (pound into smooth powdery form)
enough banana leaves (to wrap the ‘tapai’)

Method
1) Wash the cut tapioca and boil (with enough water) till half-cooked. Remove from heat, drain excess water and let it cool down.

2) Arrange a layer of the cooled tapioca in a pot or container. Sprinkle them with the powdered yeast. Arrange another layer of the tapioca and again sprinkle with the powdered yeast. Continue doing till all the tapioca has been used up. Cover the container carefully.

3) Take a plain white cloth and wrap the container. Then, keep the container in a warm/dry place fr 3-4 days.

4) When the tapioca is fully fermented, you can smell the aroma as you go near the container. It will also produce some sweet liquid/water even you never put in any sugar!

5) Wrap the fermented tapioca in banana leaves to give it a more aromatic smell.










Friday, June 29, 2007

YAU CHAR KUE / CAKOI

Terdapat banyak sekali resipi cakoi atau yau char kue (chinese crullers). Dan dgn banyak nama pula mereka digelar. But one thing for sure, I have been loving to eat this since my childhood. Have tried doing it decades ago but unfortunately tak menjadi. Sekarang ni pun nak pilih resipi tak tau yg mana satu menjadi. So, I tried one of the many recipes I got from the Internet and here are the results. I guess it's much much better than the last time I did. Give it a try!

YAU CHAR KWE

Ingredients
(A)
Sift:
300g high protein flour
50g flour
½ tsp baking powder

(B):
½ tsp sugar
2 Tbsp lukewarm water
2 tsp instant yeast

(C):
250ml water
1/2 tsp bicarbonate of soda
1/8 tsp alum (pak fun)
1/8 tsp ammonia powder (chow fun)
1 tsp salt

Method

Put (A) in the bowl of an electric mixer. Mix (B) and leave aside to froth for 10 minutes. Combine (C) together. Pour (B) into (A) and mix well, then add in (C) and beat for five minutes until a soft dough is formed. Cover and leave aside to rise to double its size. (I left it for abt 2 hours). Turn out dough onto a lightly floured surface and knead until smooth. Roll out into a long rectangle, then cut into strips. Place two strips one on top of the other and allow to rest for five to 10 minutes.Heat a wok with oil till hot. Press lightly on the two strips of dough with a chopstick. Stretch the strips a little and lower into hot oil. Deep fry, turning constantly until each cruller turns puffy and golden brown.

Tuesday, June 26, 2007

APAM PISANG KUKUS / STEAMED BANANA CAKE

Pisang mas yg ku beli dah beberapa hari usianya. Daripada hijau hinggalah kuning. Masih gak kat dapur tu- mcm takde yg sentuh. Sebelum kuning bertukar bintik2 cokelat, baiklah aku 'lodehkan' menjadi apam atau kek. Oleh kerana dah terbiasa dgn kek, perhaps kali ini akan ku transform pisang ni menjadi apam. Sedap ke? Jadi ke? What the heck, janji siap dan pisang tu tak terbuang gitu saja. OK ler tu! So, I copied a recipe from Diana Arshad's blogspot but with a little modification... (Thanks for sharing D- apam tu turned out very nice... )




















APAM PISANG KUKUS (DianaA)

Ingredients :
2 cups flour
8 ripe bananas ( I used 12 as the bananas I used are not so big)
3/4 cups margarine ~ melted and cooled - I used 150 ml canola-olive oil
4 eggs
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon bicarbonate soda
1 cup sugar ( I used lesser sugar - 200 gm)
a pinch of salt

Method :
1. Sift flour with baking powder.
2. Mash the bananas and put in bicarbonate of soda. Mix well.
3. Beat eggs with sugar. Add in melted margarine.(oil)
4. Add in flour. Mix well.
5. Add in the mashed bananas and mix well.
6. Pour mixture into a well greased bundt pan.
7. Steam for 45 minutes.

Note : To prevent water from dripping onto the cake, cover the steamer lid with a piece of cloth or towel


Monday, June 25, 2007

KUIH LAMAN SARI

Ada yg sebut Kuih Lambang Sari, ada yg sebut Laman Sari. Biar apapun sebutannya, yg pasti saya gemar dgn kuih ini sewaktu arwah ibu saya membuatnya. Rasa lapisan bawahnya seperti koleh-koleh dan di atasnya serimuka yg lemak manis. Semasa menyemak resipi2 saya yg lama terjumpa lak resipi ini. Tapi tak tahu lah dari sumber mana datangnya. Cuma yg saya perhatikan kuih2 orang lama nie bnyk menggunakan gula, kekadang tu terlalu manis. Walhasil, kita gunakanlah pengalaman yg ada utk menyesuaikan dgn citarasa masing2. So sesiapa yg ingin mencuba, silakan.






















LAPISAN BAWAH
1¾ cawan tepung kacang hijau
1½ cawan gula pasir
3½ cawan santan pekat dari 1 biji kelapa
1 sudu teh air mawar
3 biji telur (dikocok sedikit) , secubit garam

* Gaul semua bahan di atas dan tapis. Kemudian masak di atas api kecil. Bila agak pekat, tuang adunan ke dalam loyang yg telah disapu minyak dan dipanaskan dlm kukusan. Kukus selama ½ jam. Setelah itu, tuangkan lapisan atasnya.

LAPISAN ATAS
6 biji telur (dikocok sedikit)
2½ cawan santan pekat (dari 1½ biji kelapa)
1½ cawan gula pasir (boleh kurang lagi sket kpd 1¼ jika anda penawar orgnya)
4 sudu besar tepung gandum (dilarutkan dlm santan tadi & tapis)
1 sudu besar air mawar , 1/2 sudu teh garam

* Gaul semua bahan di atas dan tapis. Masak di atas api kecil sehingga pekat sedikit. Tuang adunan ke atas lapisan bawah tadi dan kukus selama 40-45 minit.

Nota: Saya menggunakan loyang bulat berukuran 26cm.






Thursday, June 21, 2007

BREAD MAKER




Dah lama saya mencari-cari Bread Maker atau Bread Machine yg menepati citarasa saya. There are many brands available out there but some are just not to my liking. So, finally I decided to buy one from Phoon Huat & Co. yg menggunakan jenama REDMAN. It costs $128 but being a member, I got a 5% discount. I guess its a good bargain. Tapi.... blum gunting riben lagi lerr..



















KAY ELL

Hi All. Lama tak update blog. Bukan apa, lepas pulang dari seberang tambak mcm lethargic sket. Actually, the KL trip was almost not a reality. I had my leave approved for a week but had not decided or planned to go anywhere till the eleventh hour! A local tour/travel agent incidently had some places left for a trip to KL/Genting. So, I just grab the opportunity- not wanting to spend my leave just lazing around at home. So there we were- myself, my missus & youngest daughter. Unfortunately I didn't take much photographs, mungkin asyik dgn shopping & 'playing around' in Genting Highlands. The cable-car ride (skytrain) was fun even though at times we were surrounded by clouds/mists and couldn't see anything else. Pemandangan sekeliling yg kehijau-hijauan dan cuaca yg sejuk amat menarik sekali.





























































As usual kalau pi KL, tak pi Jln Masjid India tak sah, tak pi Petaling Street rugi.... heheh


JAMBU EPAL
Buah Jambu Epal ini adalah kacukan dari buah epal dan jambu yg dihasilkan di negara Thailand. Berwarna hijau, ia mengambil rupa bentuk epal tetapi isinya pula ialah jambu. Rasanya manis dan enak dimakan. Saya beli di Petaling Street (tu pun sbb tourist guidenya yg sarankan) - dua biji berharga RM 5.00




















Boleh tahan gak anak & isteri saya belanja kat Petaling Street. Tapi, satu-satunya souvenir yg saya beli utk diri saya ialah ......












Nah, satu lagi, kalau sesaper yg nak amik ringkas atau ingin nak merasa kuih-muih or krepek2 utk dibeli pada musim Raya nanti, perhaps, saya sarankan anda pergi ke Perusahaan Zainab yg terletak di Simpang Renggam, Johor. Bagi orang2 Spore, saya rasa bnyk travel agencies yg akan buat lawatan ke kilang krepek ni. Harganya agak berpatutan.

































































Thursday, June 14, 2007

KEK LAPIS KISMIS HAZELNUT


KEK LAPIS KISMIS HAZELNUT

Bahan A

15 biji kuning telur

4 biji putih telur

8 oz gula halus

5 oz tpg Hong Kong atau tpg kek biasa

1 sudu teh baking powder

1 sudu besar ovalette


Bahan B

9 oz mentega

2 sudu makan susu pekat

1 sudu teh esen vanilla

cukup hazelnut, abt 40-50 gm (dicincang kasar-utk ditabur)

2 sudu makan serbuk cocoa (campur dgn sedikit air panas utk dijadikan pes)

1 sudu teh chocolate emulco (optional)

100 gm kismis hitam/kuning

sedikit pewarna kuning, merah dan hijau

Peraturannya:

1. Pukul Bahan A hingga pekat dan kembang. Ketepikan.

2. Pukul Bahan B sehingga kembang.

3. Satukan Bahan A dan Bahan B dan kacau rata.

4. Bahagi adunan kepada 5 bahagian. Dua bahagian dicampur dengan pes koko dan chocolate emulco. Yg 3 bahagian lagi, setiap satu diwarnakan dgn pewarna kuning, merah dan hijau.

5. Bakarlah selapis, selapis hingga selesai bermula dgn lapisan coklat dan berakhir juga dgn lapisan coklat. Setiap lapisan menggunakan kira-kira 2 senduk lauk. Anda boleh gunakan loyang berukuran 9"x6" atau 8"x8"

6. Bubuh kismis pada setiap lapisan manakala hazelnut cincang pula bolehlah ditaburkan pada lapisan alternate.

ANEKA ROTI & FRUIT SALAD

Hi semua. Im doing a quick updating tonite as I'll be going away fr a couple of days. Just showing some of the things I did today. Be back next week, Insya'allah.

Saya telah menggunakan resipi asas Soft Butter Bun dari Chanel2004 untuk membuat roti di bawah iaitu iaitu ROTI GULUNG CORNED BEEF, ROTI KACANG MERAH, ROTI KEJU BERJAGUNG dan ROTI PANDAN KAYA. Saya hanya membuat sedikit perubahan untuk mempelbagaikan perisa roti tersebut.


SOFT BUTTER BUNS CHANNEL (Sumber: Chanel2004)
Bahan-Bahan
50 gram tepung high protein/ tepung roti
50 gram tepung superfine (saya gunakan tpg Hong Kong)
50 gram gula kaster
1 sudu teh garam
2 ½ sudu besar tepung susu
1 ½ sudu teh yis
1 biji telur (kecil)
30 gram mentega, dilembutkan pada suhu bilik
140 ml air

Untuk Glazing
1 biji telur, dipukul sedikit (saya tak gunakan)
Mentega cair, untuk sapu atas roti


Cara:
1) Campurkan kesemua bahan kecuali mentega dan uli sehingga menjadi doh.

2) Masukkan mentega dan uli sehingga doh menjadi licin dan lembut. Perap doh selama 2 jam.

3) Selepas doh diperap, uli roti sekali lagi dan bahagikan doh mengikut besar yang anda suka. Biarkan ia seketika selama 10 minit. Kemudian bentukkan roti dan boleh anda isikan inti mengikut selera masing-masing.

4) Atur roti yang telah disediakan kedalam loyang empat persegi yang telah dilenser dengan mentega dan disalut dengan sedikit tepung. Perap sehingga roti naik dua kali ganda.

5) Panaskan ketuhar pada suhu 200 degree C. Sapukan roti dengan telur dan bakar selama 15 minit atau sehingga kekuningan. Bila roti telah masak keluarkan dari oven dan sapukan dengan mentega cair.

6) Sejukkan roti selama 5 minit sebelum disejukkan diatas redai.


ROTI GULUNG CORNED BEEF




























INTI CORNED BEEF
1 tin corned beef (jenama CARTERS)
3 biji bawang besar (hiris)
3 btg cili merah (hiris)
5-6 btg cili padi (hiris)
sedikit daun sup/bawang (hiris)
1 sudu makan minyak masak
sedikit keju cheddar/mozzarella (parut, utk ditabur)

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang dan cili hingga layu sebentar. Masukkan daging corned beef dan kacau/masak hingga kering sedikit sebelum diangkat dari kuali.

* Untuk roti ini, setelah doh dicanai leper (abt 1/2 cm), taburkan daging tersebut diikuti dgn daun sup/bawang dan parutan keju. Kemudian gulung roti dgn seberapa kemas/ketat dan potong dgn pisau tajam mengikut ketebalan yg anda suka (abt 1 - 1¼ inci). Susun potongan roti tu di dalam acuan bulat atau persegi empat lalu dibakar.


ROTI KACANG MERAH





























ROTI KEJU BERJAGUNG


















Untuk Roti Keju ni, saya bubuh beberapa sudu mkn jagung dlm tin (whole kernel corn) selepas menguli roti. Bila membentuk roti, saya isikan seketul kecil keju cheddar dlm doh tersebut sebelum dirapikan. Setelah disusun ketulan2 roti tadi di dlm loyang bulat, saya taburkan lagi di permukaan roti dgn parutan keju cheddar dan dibiarkan sebentar sebelum dibakar.


ROTI PANDAN KAYA



















Untuk Roti Pandan Kaya ini, saya telah membubuh sedikit pandan paste ke dalam sukatan air. Sekayanya pun...heheh, beli je kat supermarket!!


FRUIT SALAD


















Bahan- Bahan
1-2 tin buah-buahan campuran dlm tin (mixed fruit)
1 tin longan dlm tin
150 ml tairu (yoghurt) berperisa seperti fruit salad, mangga, peach, dll.
1 tin kecil Nestle cream

Cara
Buah-buahan dlm tin tadi dibuang airnya dan ditoskan. Masukkan ke dalam mangkuk besar bersama yoghurt dan Krim Nestle lalu digaul rata. Simpan di dlm petisejuk beberapa jam atau semalaman sebelum dihidangkan sejuk2.

*Anda juga boleh menggantikan canned fruits tadi dgn buah-buahan segar yg dipotong dadu seperti epal, pear dan sebagainya.

Wednesday, June 06, 2007

SAMOSA

Samosa merupakan snek yg agak mudah disediakan. Intinya lebih kurang serupa dgn inti karipap/epok2. Berikut adalah versi Samosa yg biasa saya buat. Selamat 'menjamu mata' dan kalau berhajat, cubalah buat yer!

SAMOSA

Bahan-Bahan
500 gm daging cincang/kisar
2 biji bawang besar dipotong dadu- kalau saiz yg kecil gunakan 3 biji

4 ulas bawang putih
2 sm halia
5 sudu besar (bumbung) rempah kari

* Kisar b.putih & halia dgn sedikit air dan campurkan rempah kari.

2 biji kentang
1 btg lobak merah (yg kecil)
4 sudu besar jagung biji (whole kernel corn)
4 sudu besar kacang pis
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
sedikit garam
1 sudu bsr minyak sapi (optional) dicampur dgn secukup minyak- utk menumis

1 paket kulit popia

Nota: Anda juga boleh gunakan kentang & kira-kira 500 gm sayur campur (mixed vege)

Cara Memasak Intinya :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar yg dipotong dadu. Biarkan sehingga bawang layu sedikit. Kemudian masukkan bahan kisar dan masak hingga garing. Sesudah itu, masukkan daging cincang bersama kentang dan lobak merah. Tambah sedikit air jika perlu dan biarkan sehingga kentang empuk. Akhir sekali masukkan jagung, kacang pis, daun sup/bawang dan garam. Kecilkan api dan biarkan bahan kering sedikit sebelum diangkat dan disejukkan.

Cara Membuat Samosa :
Ambil sekeping kulit popiah lalu dipotong 2 atau 3- horizontally mengikut saiz yg anda kehendaki. Cantumkan di antara satu dgn lain dgn ‘gam tepung’ (campuran air dan tepung gandum). Lepas tu lipatlah kulit untuk menjadi ‘kelungsung’ tiga segi tepat lalu diisi dgn inti samosa. Setelah inti diisi, lipatlah lagi utk menutup samosa. Akhir sekali gamkan pada hujung kulitnya.

Cara Melipat Samosa