Tuesday, May 29, 2007

Permintaan Resipi ROTI WHOLEMEAL & DALCA

Salam dan berbanyak maaf kpd semua yg mengunjungi blog saya. Kebelakangan ini, saya tak dapat update blog ini seberapa kerap yg saya harapkan oleh kerana beberapa faktor seperti kesuntukan masa dan kesihatan. Mungkin juga kerana fatigue atau stress di tempat bekerja... (yg mengenali saya, pasti tau ttg pekerjaan saya yg penuh dgn mental stress, bukan physical stress!) For the past few weeks, mcm malas jer nak buat sesuatu. Bahan2 sumer dah sedia ada, tinggal menunggu masa je ia digunakan. But alas....tak jadi gak. Kesian "kak Su", sorry yer tak dapat tunaikan hajat "epok-epok" anda. Harap2 I'll be alright in the weeks to come.

Anyway, saya ada 'hutang' resipi utk apid dan jc yg meminta resipi roti wholemeal & dalca respectively. So, utk tidak menghampakan anda, di sini saya sertakan resipi2 tersebut. Di harap anda sudi mencubanya.

Untuk resipi roti wholemeal ni, saya tukil dari Forum Resipi Diana di http://resipidiana.20.forumer.com/viewtopic.php?t=143 . Anda boleh melungsuri lelaman FRD utk mengetahui lebih lanjut mengenai roti. Maaf yer D, saya kembangkan resipi anda di blog saya ni sebelum dpt izin anda.

Actually resipi ni menggunakan tepung wholewheat tetapi anda boleh menukarkan kpd wholemeal. Cara membuatnya pula dgn menggunakan Bread Machine. Bagi anda yg tidak/belum memiliki bread machine(mcm saya gak!), anda bolehlah menguli dgn tangan.










WHOLE WHEAT BREAD

Bahan-bahannya
500 gram tepung whole wheat /wholemeal
325 ml air
10 gram majerin
10 gram gula
10 gram garam
2 sudu teh yis segera
½ cawan pumpkin seeds (disangai dengan sedikit garam)

Cara-caranya
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam bread machine dan tekan butang "WHOLEMEAL". Sewaktu waktu terakhir masa menguli bila ada bunyi “BEEP”, masukkan pumpkin seeds. Dalam masa 3 jam lebih tersedialah Whole Wheat Bread untuk menjadi santapan sekeluarga.

Jika anda tidak mempunyai Bread Machine boleh anda uli menggunakan tangan selama 10 – 15 minit sehingga adunan licin. Kemudian perap selama 45 minit dan tumbuk doh keluarkan angin dan uli sedikit. Kemudian boleh anda bentukkan seperti bun kecil (berat 50 gram) letakkan didalam loyang dan biarkan ia naik dua kali ganda dan kemudian boleh dibakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah C selama 20 minit atau sehingga ia masak.

Pendapat saya :
Jika anda ingin membuat roti jenis loaf: Setelah anda perap adunan selama 45 minit dan tumbuk keluar angin dari adunan roti tu, uli sebentar dan gulung ketat doh utk mengeluarkan baki udara yang masih ada. kemudian masukkan doh ke dlm acuan roti sandwic, (18 cm panjang x 12.7 cm lebar x 11.5 cm tinggi) yang telah dilengser dgn sedikit mentega & tutup. Rehatkan doh lebih-kurang satu jam sehingga kembang & memenuhi 3/4 acuan. Bakar roti pada suhu 170-180C selama lebih-kurang 35 minit atau hingga masak.


Mengenai Dalca, di sini saya sertakan 2 resipi ; satu dari FRD manakala yg lagi satu ialah yg biasa saya buat.














(I) DALCA TULANG RUSUK
(sumber Koleksi Resipi Pilihan Diana)

Bahan-bahannya
300 gm daging rusuk
2 batang lobak merah
1 batang terung panjang
3 biji ubi kentang
2 biji tomato
100 gm kacang buncis
2 cawan kacang dal
8 sudu besar bumbung rempah kari daging
1 biji kelapa (dijadikan 4 cawan santan)
5 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelagaair asam secukupnya
garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 cm halia

Cara-caranya
1. Bersihkan daging rusuk dan masukkan kedalam periuk dan diisi air cukup menutupi daging.
2. Rebus daging rusuk dan kacang dal sehinga keduanya masak dan empuk.
3. Sayur-sayuran di potong mengikut selera anda.
4. Masukkan kentang dan lobak dan dimasak sehingga empuk. Bila kentang dan lobak telah empuk masukkan pula terung dan kacang panjang.
5. Tumis darat: Panaskan minyak dalam kuali yang berasingan. Masukkan kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan diikut dengan bahan yang telah dikisar. Tumis sehingga naik bau.
6. Masukkan rempah kari daging, gaul rata. Masukkan asam dan garam. Tumis sehingga ia masak dan masukkan kedalam periuk rebusan daging dan sayur-sayuran. Kacau hingga sebati.
7. Masukkan santan dan masak sehingga mendidih dan rasakan garamnya. Akhir sekali masukkan tomato. Padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Nota: Sewaktu anda merebus daging rusuk dan kacang dal, jika air telah surut boleh ditambah dan masak sehingga daging empuk. Boleh juga anda gantikan daging rusuk kepada daging.



(II) DALCA RUSUK KAMBING

Bahan-bahannya
1 kg rusuk kambing
350 gm dal kacang kuda
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia 1 batang serai (titik)
6-8 sudu besar (mumbung) rempah kari daging atau rempah dalca 3-4 biji kentang (kupas kulit dan belah 2 atau 4)
3 biji tomato (belah 2)
300 gm kacang panjang (potong kecil2)
1 batang lobak merah (potong ikut citarasa)
1 biji terung (potong ikut suka)
3 batang lada hijau
beberapa biji belimbing buluh /mangga muda (belah 2/4)- (optional)
2 senduk minyak masak
secukup cengkih, pelaga & kayu manis
5 tangkai daun kari
1 biji bawang besar hiris
sedikit air asam jawa
2 cawan santan pekat
garam secukupnya
serbuk perasa (jika suka)

PERATURANNYA:

1. Rebus tulang rusuk bersama air secukupnya sehingga empuk.
2. Rebus kacang dal berasingan hingga empuk.
3. Kisar bawang besar, bawang putih dan halia dgn sedikit air. Campurkan bersama rempah kari/dalca.
4. Panaskan minyak lalu tumis bawang besar hiris, serai, cengkih, pelaga, kayu manis dan daun kari.
5. Masukkan bahan kisar tadi dan kacau hingga garing.
6. Setelah itu, masukkan tulang rusuk tadi bersama airnya sekali. Jikalau airnya kurang, boleh ditambah ikut suka.
7. Kemudian masukkan sayur-sayuran dgn dimulakan yg keras2 seperti kentang dan lobak merah sehingga ianya 3/4 masak. Kemudian baru masukkan yg lain sprti kacang panjang, terung, mangga muda, dll. Lepas tu, masukkan air asam dan kacang dal. Kacau sebentar lalu masukkan santan, garam dan perasa. Kacau lagi dan biarkan sehingga mendidih.
8. Kecilkan api dan biarkan sebentar (kira-kira 5 minit) sebelum dimatikan api dan sedia utk dihidangkan .

Nota: Cara almarhumah ibu saya memasak dalca pula; selain bahan2 di atas, setelah beliau menumis bawang besar hiris, beliau akan taruh kira-kira 1 senduk cili kering kisar dan tumis hingga cili garing. Setelah itu, barulah beliau masukkan bahan2 kisar yg lain.

11 comments:

  1. ya allah! sedapnya, rusuk kambing buat dalca... meleleh air liur

    ReplyDelete
  2. Hah lee lin. Mmg sodap. Tp makan biarlah sederhana!

    ReplyDelete
  3. Abang Rozzan, go ahead.. tak minta izin pun D ikhlas izinkan... kadang2 D pun ada buat rujukkan at your blog pada yang minta resipi tertentu... dengan harapan ilmu yang kita kongsi dengan yang lain dapat dimanfaatkan bersama...

    sekarang musim flu ya... D pun lately sibuk jadi tak banyak mencuba resipi.

    ReplyDelete
  4. tq, mr rozzan..

    ReplyDelete
  5. Thanks D. You're right. Buat apa nak lokek2 kan? Semoga lebih ramai yg dpt memanfaatkan ilmu yg dikongsi bersama ini.

    Musim flu lain, musim panasnya lain. Jadi mcm mls jer nak keluarkan tenaga..heheh.

    ReplyDelete
  6. Apid : You're very welcome.

    ReplyDelete
  7. Salam.
    Br. Rozzan,
    Ni 1st time saya nak amik resipi dari blog ni. So nak mintak izin :)
    Pastu saya nak tanya, "rempah dalca" tu bole beli kat mana? Saya pernah masak dalca sekali dulu guna rempah kari jek. Wujud ek rempah dalca ni? Baru je smlm saya nyakat suami saya bila dia kata ada jual rempah dalca. Saya bermati2an kata takde.. huhuhu..

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Hi dla, no problem. Silakan.
    Actually rempah dalca dan rempah kari daging almost similar cuma perhaps sukatan bahan2 rempahnya berlainan sedikit. It may be inter-changed. Kalau you kat Spore, beli aje kat gerai India di pasar yg menjual rempah2. Katakan anda nak rempah dalca. Heheh, btw, harini pun saya masak dalca tp rempah dalca takde stok so saya gunakan rempah kari daging je jenama Babas.

    ReplyDelete
  10. Hello friend amazing and very interesting blog about Permintaan Resipi ROTI WHOLEMEAL & DALCA

    ReplyDelete
  11. salam semua.. sy cari simple dal recipe la.. yg x bnyk mcm2 bahan...

    spt dal utk tosai or roti canai di kedai mamak tu..

    sesapa ada resipi tu mntak kongsi kn...

    timasih..

    ReplyDelete