Petang nie nak share satu resipi mudah, olahan saya sendiri mengenai roti. Jika anda ada lebihan roti yg dah takde orang nak santap "on its own", bolehlah cuba resipi ni. Bukan apa, sekadar tak mau membazir. Kita di rantau ni seperti di Spore, Malaysia, Brunei, dll.. mmg jarang terdengar orang yg kelaparan berbanding di negara dunia ketiga. Selalunya, lebihan roti ini dibuat manisan seperti pudding roti but this time round, biar saya kemukakan resipi Roti Telur Goreng yang boleh disajikan pada waktu sarapan pagi atau minum petang.
Bahan-Bahan
400 gm roti sandwic (potong dadu kecil2, saiz ikut suka)
5 biji telur }
3 sudu mkn susu kotak }-kocok bersama dan bubuh secubit garam dan lada hitam)
minyak secukupnya utk menggoreng roti
1 cawan (10 sudu mkn) cili kisar }
3 biji bawang besar }
1 ulas bawang putih } ..........kisar bersama
1/2 biji bawang besar (hiris)
4 sudu mkn minyak (untuk menumis)
100 gm daging cincang
2-3 btg chicken sausage (hotdog) -potong dadu
100 gm udang dibersihkan (jika suka)
2 sudu mkn sos tomato
garam secukup rasa (sedikit jer)
sedikit daun sup/daun bawang
sedikit bawang goreng
timun (hiris)
Cara
1) Celupkan roti didalam telur dan gorenglah di dalam minyak yg panas. Angkat dan toskan.
2) Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang hiris. Setelah itu, masukkan bahan2 kisar (cili, bawang besar & bawang putih). Kacau sebentar dan kemudian masukkan daging cincang. Biarkan sehingga cili dan bawang tu garing. Tambahkan air jika perlu.
3) Kemudian masukkan hotdog dan kacau lagi. Akhir sekali, masukkan udang yg telah dibersihkan tadi bersama secubit garam dan sos tomato. Gaul rata.
4) Sesuaikan rasanya dan bolehlah masukkan roti yg telah di goreng dgn telur tadi. Gaul rata-rata. Angkat dari kuali.
5 ) Hiaskan dgn daun sup/bawang, bawang goreng, cili merah dan timun.
Disamping itu, kalau anda meminati buah cempedak, bolehlah anda menggorengnya untuk hidangan sarapan atau waktu minum pagi/petang.
Hi Rozzan...your 'roti telur goreng' is very 'UNIQUE'..where did u get the recipes?Is it a creation of yours?The 'cempedak goreng', although common among the malays..looks delicious too.. long time no try lehh...hehehe
ReplyDeleteHi Sofea. Actually roti telur goreng ni first time dulu I buat pd tahun 90an. Masa tu kat ofis lama I. Bila bawak kasi kawan2 ofis rasa, mereka sumer ckp sedap- sampai mintak resipi. Actually bila u tgk resipinya, simple kan? ...The basics for goreng mee are there, cuma ubah a lil bit here and there je.. heheh.
ReplyDeletethe roti telor, like sofea said, memang unik..u r very creative indeed!!thumbs up bro!
ReplyDeleteThanks mama dewi. Bila free, cuba lah!
ReplyDelete