Monday, January 01, 2007

BUBUR SUJI, KEK SPONGE (HONEYCOMB)

Semalam kami sekeluarga telah ke rumah ibu mertua utk meraikan Hari Raya Aidil Adha. Kami semua (abg2 dan kakak2 ipar) dan ibu mertua telah ber'pot-luck' dalam menyediakan jamuan utk hari itu. Oleh kerana main menunya telah disiapkan oleh ahli keluarga yg lain, kami sekeluarga telah menyiapkan juadah-kuih dan pencuci mulut iaitu Kek Sponge (Honeycomb), Bubur Suji dan Roti Kirai/Jala berintikan kentang/daging. Suasana riang dan gembira jelas terasa apabila kami berkumpul beramai-ramai. Bukan selalu dapat bertemu, maklumlah, masing2 sibuk dgn tugas seharian. Berikut adalah resipi Kek Honeycomb dan Suji.





KEK SPONGE (HONEYCOMB)
10 biji telur
6 oz mentega
2 cawan gula pasir (digoreng)
2 cawan air
2 cawan tepung gandum }
2 sudu teh bicarbonate of soda }
1 sudu teh baking powder } diayak bersama
½ tin susu pekat

Cara:
1. Gula digoreng hingga kekuningan & masukkan air sedikit demi sedikit. Kacau rata dan biarkan gula sejuk.
2. Kacau mentega hingga kembang & masukkan telur sebiji-sebiji. Kacau rata-rata.
3. Masukkan susu pekat, ratakan. Kemudian, masukkan tepung lalu dikacau rata.
4. Akhir sekali, tuangkan gula goreng tadi lalu diratakan.
5. Bubuh ke dalam loyang (bulat atau persegi empat) dan dibakar hingga masak kekuningan atau selama kira-kira 1 jam hingga 1 jam 15 minit dgn suhu 170 – 180 darjah Celsius.

Nota:
Bagaimanapun, utk kek yg terpapar di atas ni, saya telah mencuba kaedah yg lain. Saya telah masukkan semua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati (kejap jer). Pastu, saya perap selama 1 jam, then tuang ke dalam loyang 10" x 10" dan dibakar hingga masak.

BUBUR SUJI







Bahan-bahannya:
350 gm tepung suji
1350 ml air
1 tin besar susu cair/sejat
½ botol air mawar
300 gm gula
2 sudu besar minyak sapi
1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
sedikit pewarna kuning (optional)
secukup glazed ceri (utk hiasan)
secukup kismis- abt 150 gm
(digoreng dgn sedikit minyak sapi, diketepikan)
secukup badam-abt 50 gm
(dibuang kulit, hiris memanjang, digoreng hingga kekuningan)
secukup gajus-abt 150 gm
(digoreng hingga kekuningan, separuh dicincang kasar2, separuh dibiar sebiji-sebiji)

Cara:
1. Masukkan suji, air, susu cair & gula ke dalam sebuah periuk besar dan kacau hingga sebati.
2. Masak di atas api yg sederhana sambil dikacau-kacau agar suji tidak bergentel.
3. Setelah suji pekat, masukan air mawar, minyak sapi, pewarna kuning, garam, sedikit kismis goreng dan gajus cincang.
4. Pastikan adunan suji tidak terlalu pekat sbb kalau ia sejuk akan menjadi lebih pekat. Tambah sedikit air jika perlu. Setelah itu, bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

Cara Menghiaskan Suji
a) Bubuh suji ke dalam bekas-bekas kecil (ataupun saiz mengikut citarasa anda).
b) Taburkan sedikit kismis goreng, hirisan badam goreng dan gajus.
c) Akhir sekali bubuh ceri ditengah-tengah.

Nota: Untuk acuan yg saya gunakan itu, kita dapat menghasilkan kira-kira 24 bekas suji.

Selamat mencuba!

Dan ini pula ialah Roti Jala berinti kentang/daging.



14 comments:

  1. Selamat Tahun Baru 2007 bro. Amboi macam-macam buah tangan yang dibawa ke kenduri tu ya. Sedap-sedap nampaknya. My favourite cake pun ada, kek sponge, tapi so far, belum pernah buat sendiri...

    ReplyDelete
  2. Happy New Year to you too mamafami. Agaknya sedap lerr tu, heheh. Jom amik resipinya, then buat yer. I'm sure you can do that..

    ReplyDelete
  3. Belum pernah rasa suji tu.. walaupun dah selalu terserempak dengannya. Sedap tak rozzan.. teringin pulak nak mencuba..
    psst ~ internet rossya tengah slow amat lah Rozzan.. susah nak jenguk kengkawan.. Belum sempat nak reformat... dah kena sengat macam2 virus pulak..

    ReplyDelete
  4. Ishzah amat tertarik dengan suji tu...very sedap...mesti nak try buat...Insya'Allah lepas habis semua kek yg ada dlm fridge..hehe..roti kirai ni..ermm..my bossnya faveret tau:)

    ReplyDelete
  5. wah.....macam2 ada. sedap pulak tu. kita tak masak apapun, cuma buat kek. Hariraya pergi rumah emak sendiri, lepas tu rumah MIL. balik SIL bekalkan makanan. 3 hari tak masak. roti jala berinti tu nak try jugaklah bila raja R dtg.

    ReplyDelete
  6. Suji tu sedap... rossya. My 2 girls love it. Ni nak cari masa buat lagi utk diaorang. Saya selalu perhatikan mak saudara saya buat. Tau2 ler org dulu2 kalau masak, sukatan sumer agak2! So I tried doing it myself. Alhamdulillah menjadi. Pasal internet tu, perasan jugak waktu I visit ur FP- lama takde updates, ingat ...you pi tanah suci sbb my relative took the last flight on 26 Dec 06.

    ReplyDelete
  7. Sedappp tau Ishzah! My bro-in-laws pun puji, katanya yg dibeli di Geylang tu tak banyak ramuan seperti kekacang badam,gajus, kismis, dll. Mesti cuba yer!

    ReplyDelete
  8. Wah Deeyana, bestnyer ada org bekalkan makanan. Takyah sibuk2 nak masak. Roti jala tu mmg kegemaran saya jugak. Heheh.. kalaulah ada org yg cipta vitamin R tu kan bagus eh; bila M dtg, lekas2 suntik- pasti bertenaga!

    ReplyDelete
  9. Abg rozzan, ishzah da buat tau suji dari resepi yang ni. Sedap sangat!Sederhana manisnya. Terimakasih yea. kalau senang2 jenguk kat FP ishzah k..hehe..

    ReplyDelete
  10. Wah Ishzah, dah buat yer! nanti abg jenguk2 dapur Ishzah K!

    ReplyDelete
  11. rozzan, u tak share recipe roti jala berinti ker?

    ReplyDelete
  12. Oooppss sorry ye waty, lambat reply. Actually you boleh gunakan inti epok-epok/karipap yg biasa tu. That's what I did on that day sbb nak wat epok-epok malas. Kena buat kulitnya, nak goreng lagi. Saya cuma lebihkan daging atau isi ayamnya saja. My daughters like them.

    ReplyDelete
  13. salam to u bro,pertama skali saya nk ucapkan brbyk2 trima kasih sbb kongsi resepi kek sponge ni,utk pengetahuan bro,trmasuk hari ini adalah yg kali ke 20 saya buat kek sponge ni,byk yg puji ckp kek ni moist,manis2 buah,berminyak...skrg kek ni asik ditempah utk majlis kawin...trima kasih bro,moga allah buka pintu rezki bro sekeluarga seluas luasnya sbb dgn secara tk sengaja dgn ada nya blog bro yg tk lokek berkongsi ilmu telah mmbuka rezki buat diri saya dgn mnjual dan mncuba kek2 dr resepi blog bro rozzan.....

    ReplyDelete
  14. WS lomri.

    Terimakasih kembali. Alhamdulillah anda berjaya membuatnya atas dasar usaha anda utk mencuba. Tahniah! Setiap rezeki itu adalah kurniaan Allah SWT.

    Terima kasih atas doa anda, Amiinn....

    ReplyDelete