Selamat malam, sesiapa yg gemar dengan satu lagi kuih tradisional ini......GETUK UBI - bolehlah menikmati fotonya dan kalau nak cilok reipinya , OK gak lerrr! Mudah dan Insya'allah menjadi.
Bahan-Bahan:
2 kg ubi kayu (bersihkan dan potong kecil-kecil )
80 ml air
300 gm gula tanjung (merah)
100 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
1 biji kelapa parut putih
2 helai daun pandan
loyang persegi 8"x 8" (gris dgn sedikit minyak)
Cara:
1) Kukus kelapa parut dgn daun pandan dan sedikit garam.
2) Gula tanjung, gula pasir, garam dan air di masak hingga gula larut dan pekat sedikit.
3) Kukus ubi hingga empuk selama kira-kira 25-30 minit. Masukkan ke dalam bekas dan lecekkan semasa ia panas. Tuang gula sedikit-sedikit dan gaul rata. Alihkan ke dalam loyang persegi empat dan tekan hingga padat/mampat.
4) Sejukkan getuk ubi ini sebelum dipotong dan dibubuh kelapa parut.
Untuk mendapatkan Getuk Ubi yg berwarna cokelat pula, tukarkan sukatan 300 gm gula tanjung kepada gula melaka. Masaklah seperti tadi juga bersama gula pasir, garam dan air.
Mak rin ajar a simpler version of getuq ubi. Rebus ubi sampai lembut, lepas tu just campur dgn kelapa muda parut dan gula putih/merah dan sedikit garam..Tumbuk sampai sebati semua, gumpal-gumpalkan dan makan.
ReplyDeleteAda jugak, lepas digumpal tu..celup dalam tepung mcm buat goren pisang..dan goreng.
Ada lagi satu versi yg rin pernah nampak dan mkn masa kecik2 dulu..guna daun kari dan serbuk sawi. rasanya masin-masin berkari tapi tak tau resipi dan cara buat. Tapi rasanya ini Indian style Getuk Ubi wa ha ha ha..sedap gak..
Alaa you can master..sure boleh buat versi rozzan pulak...
Hi rinnchan. Betul cakap you tu! I've tried all the versions you mentioned. Tapi yg guna daun kari tu blum lagi heheh. But ada lagi satu resipi gunakan ubi kayu rebus/kukus ni. Kalau tak silap namanya "magelek ubi kayu". Ianya seperti bagedel kentang; ubi ditumbuk dan dicampur dgn udang kering/ikan bilis tumbuk dan lain2 rencah. Tak tau mana entah resipinya saya taruk. Kalau jumpa nanti saya share.
ReplyDelete