Thursday, January 11, 2007

BELEBAT UBI

Satu lagi kuih belebat yg tuhari tak sempat saya buat ialah BELEBAT UBI. Di sini saya sertakan resipinya dan juga foto yg telah saya abadikan dgn kamera setia saya ni. Resipi ini versi sayalah, sbb bila tanya orang 'dolu-dolu', mereka takde sukatan yg khusus- main agak2 jer! So, jika anda nak buat perubahan mengikut citarasa anda, go ahead, silakan.

Btw, ada dua jenis belebat ubi ni yg saya buat, perbezaannya cuma satu resipi menggunakan telur manakala yg satu lagi tidak. Pada pendapat saya, kedua-duanya pun sedap. Jadi, sesaper yg berminat, silalah mencubanya!



^BELEBAT UBI ^

Bahan-bahan:
600 gm ubi kayu parut
120 gm kelapa parut (putih)- boleh bubuh lebih sikit kalau suka.
100 gm gula melaka
220 ml air
100 gm gula pasir
2 sudu besar santan pekat (optional, org dolu-dolu tak gunakan)
½ sudu teh garam (atau secukup rasa)
secukup daun pisang utk membungkus kuih

Cara:
1) Masak gula melaka bersama air hingga gula larut. Tapis dan sejukkan.
2) Ubi diperah kanjinya dan masukkan ke dalam bekas. Masukkan kelapa parut, gula pasir, air gula melaka tadi, santan pekat dan garam. Kacau rata-rata.
3) Ambil sekeping daun pisang yg telah dilayukan dan bubuh kira-kria 2-3 sudu besar adunan. Lipat seperti biasa dan buatlah sehingga selesai semua adunan.
4) Kukus belebat ubi ini selama kira-kira 30 minit.




Untuk yang ini pula, campurkan 1 biji telur pada adunan yg di atas dan kacau rata.

Perbezaannya:

9 comments:

  1. Thanks Rozzan, nanti kiter cuba yang tak guna telur tu.. satu lagi tu, dulu my mom buat , tak pernah juga kiter nampak dia guna santan. Walau apa2 pun kiter akan cuba jugak this recipe.. will feedback nanti .. Thankyou again Rozzan..

    ReplyDelete
  2. Sedap ni...tapi mama suka tekstur yang ada telur tu. But then kan, malas nak parut ubi la...cam no?

    ReplyDelete
  3. You're welcome Rossya. Btw,mmg resipi org dolu-dolu tak gunakan santan. My aunt pun ckp gitu. I cuma nak kasi lemak sikit jer heheh..Otherwise, kita bleh bubuh lebih sikit kelapa parut tu. Sbb tu dlm resipi, bab santan, I put 'optional'.

    ReplyDelete
  4. Mama, kat spore pun, kalau takde ubi yg siap parut, mmg malas ler nak buat! Tapi, suatu waktu dulu pun, kat pasar mmg takde org jual ubi yg siap parut. Saya dan arwah emak pernah beli ubi dan parut sendiri. Waktu tu, saya masih di primary school dan ubi tu dibeli utk buat "opak ubi". Buat sendiri opak nie mmg sedappp, tapi leceh sket lerr.

    ReplyDelete
  5. Rozzan...boleh tak u tepek resepi opak ubi coz it's delicious..yummy ....

    ReplyDelete
  6. Anonymous, actually saya takder resipi yg betul2 mengikut sukatan, sbb masa buat dulu2 tu, saya cuma perhati dan tolong arwah mak saya buat. Biasalah org lama kalau buat sesuatu, sukatannya selalu agak2 jer! Nantilah, Insya'allah kalau saya buat dlmasa terdekat ni, saya cuba catitkan sukatannya dan tepekkan kat blog ni K!

    Tp yg saya tau ada 2 kaedah nak buat opak ni. Pertama, ubi parut tu dicampur dgn sedikit kelapa putih parut dan sedikit garam.(Boleh bubuh warna gak) Pastu, didihkan air dalam periuk besar hingga mendidih. In the meantime, amik satu lagi tudung periuk dan tepekkan abt 1-2 senduk ubi tadi ke atasnya dan tekan2 dgn jari kasi leper dan berbentuk bulat. Then, buka tudung periuk yg menutupi air panas tu dan taruk pula tudung periuk yg dah dibubuh ubi. Biarkan wap dari air mendidih tadi memasakkan ubi mentah tadi (kira-kira beberapa minit). Setelah ubi masak, buka tudung periuk dan kopek ubi tadi dan bubuh dalam dulang. Bila selesai semua bahan ubi tadi, jemurlah hingga kering. Pastu bolehlah digoreng.
    Cara kedua: Amik ubi parut yg telah dibubuh kelapa dan garam tu dan taruk dlm loyang. Kukus hingga masak. Pastu biarkan sebentar sebelum di ambil sekepal, dibulat2kan dan digelek dgn rolling pin menjadi bulat dan leper. Pastu jemur hingga kering.

    leceh tak?

    ReplyDelete
  7. rozzan, I dah cuba resipi yg tak guna telor tu... rasanya sedang2 elok... tak manis... mmg ku tak kuat manis... tq kerana sudi kongsi resipi...

    ReplyDelete
  8. Hi mamimontel. TQ krn sudi mencuba resipi nie. Btw, mami takde ke resipi yg enak2, yg dapat kita share dgn kenkawan? I'm sure pasti banyak kot!

    ReplyDelete
  9. rozzan, my resipi kebanyakan dari tenet... insyallah kalo ada yg power-mower (ikut tekak I ler)... I will send to you

    ReplyDelete