Tuesday, November 14, 2006

Kek Lapis Mami Jarum / Horlicks

Bagi pengunjung blog saya, mintak maaf kerana buat masa ni banyak posting pasal kek lapis ... Oleh kerana saya belum berkesempatan nak buat posting ttg resipi atau topik2 lain, diharap sesiapa yg berminat bolehlah berkongsi resipi kek atau kek lapis anda, pengalaman anda membuatnya atau pun tips2 utk dimanfaatkan bersama.

Di sini saya postkan 2 resipi kek lapis iaitu KEK LAPIS MAMI JARUM dan KEK LAPIS HORLICKS dari Sdri Deeyana (thanks for sharing ya!). Diharap sesiapa yg berminat, bolehlah mencubanya.


(Maaf Deeyana, I edit your pic, kasi make-up sket..)

Kek Lapis Mami Jarum
Bahan-bahan:
12 biji telur
16 oz mentega
16 oz gula halus
16 oz tepung gandum
200 gm horlick
1 tin kaya (300 gm)
1 tin susu manis (397 gm)
1 kotak kecil santan harmuni (200 ml)
1 botol besar peanut butter (340 gm)
300 gm coklat masakan
1 sudu makan esen vanilla
pewarna hijau, merah, kuning

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali cooking chocolate ke dalam mixing bowl dan pukul hingga sebati. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

1 bahagian (sukatannya dilebihkan sedikit dari yg 2 bahagian yg lain) dibahagikan selanjutnya kepada 4 bahagian kecil dan diwarnakan dgn hijau, merah, kuning dan plain(warna asal). Masukkan adunan kek ini ke dalam botol sos plastik atau 4 piping bag berasingan (atau anda boleh gunakan kertas tracing yg dibentuk seperti corong piping bag)

2 bahagian lagi dicampurkan dengan cooking chocolate yang dicairkan.

Kukus atau bakar 1 bahagian adunan chocolate selapis demi selapis hingga habis. Kemudian, picitkan adunan yg berwarna tadi menyerong, berselang warna dan dibakar. Ulang proses ini hingga adunan selesai dengan picitan itu dibuat samada dgn jalur yang sama atau menyilang. Setelah itu, bakar pula lagi 1 bahagian adunan chocolate selapis-selapis hingga selesai.


Kek Lapis Horlicks
Bahan-Bahan:

10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster
240 gm tepung gandum
200 gm horlicks
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, gaul rata. Masuk tepung, horlicks dan susu serta gaul sebati. Bakar selapis-selapis hingga selesai.

19 comments:

  1. Insya'allah.. nak try jugak buat kak lapis Horlicks tu... bila ekk..

    ReplyDelete
  2. Kak Rossya ni, oven dia tengah demam lagi, dia dah dok tunjuk list-to-do kat kawan tu...lagilah kawan tu tak kebah kebah...hehehe...jangan mare, gurau je... Aduhai, bila agaknya penderaan ini akan dihentikan.. silap gaya ni, mama buat juga ni nanti...

    ReplyDelete
  3. Kalau blum ada masa nak cuba, amik jer resipi tu dulu, bertambahlah koleksi kek awak Rossya.

    ReplyDelete
  4. Cubalah mama, pastu blehlah tayangkan resultsnya, pasti hebat nanti! bertambah lagi sorang pembuat kek lapis..heheh.

    ReplyDelete
  5. cantik susunan nya, yg ini boleh lah di cuba sebab telur nya pun tak banyak!!

    ReplyDelete
  6. saya baru mencuba kek lapis Mami Jarum sumbangan Deeyana. Saya dapati kek ini agak lembab sedikit. Dlm resepi, cara membuatnya dipukul semua bahan hingga sebati tapi saya pukul telur sampai kembang, kemudian butter, gula, peanut butter - pukul kembang berasingan. Kemudian disatukan dua adunan itu, baru masukkan bahan-bahan yg lain. Adakah sebab ni, kek itu agak lembab?

    ReplyDelete
  7. I've been searching for this recipe for a long time. My auntie from Miri used to make this. Very yummy... kalau I make and kalau successful, I'll post the pics in my blog...BTW...Hi Mama.. how are you?

    ReplyDelete
  8. {Mummy Jam}- Hah, mummy jam, kalau dah cuba feedback tau!

    {haizatul akmar}- Ada pelbagai cara nak buat kek lapis. Bagi diri saya, pada percubaan pertama saya membuat sesuatu yg baru, saya selalu ikut cara yg ditetapkan. Namun begitu, jikalau cara membuatnya tidak menjadi persoalan, mungkin proses membakar kek tersebut yg menjadi punca seperti suhu yg kurang tepat, tidak cukup masa membakar bagi setiap lapisan, dll. Perhaps, tuan punya resepi Deeyana, nak berikan sedikit komen/penjelasan.

    {aunidayini}- Alhamdulillah, dah jumpa pun skarang aunidayini! Mudah2an percubaan anda berjaya. Saya sendiri mmg nak cuba, sumer bahan dah ada, cuma ..masih nak cari waktu jer..heheh.. btw, apa pun resultsnya, kongsilah bersama..yer!

    ReplyDelete
  9. salah sendiri bukan salah resepi...maaf ya sebab pandai pandai sendiri je ubah cara mengadunnya. Nanti saya nak cuba lagilah

    ReplyDelete
  10. I've tried the lapis horlick, and I've added some colours , overall very moist and sedap but a tad too sweet for me, will try to reduce the sugar next time.

    ReplyDelete
  11. Wah... cepatnya dah cuba mummy! Jeleslah, mcm nie saya pun nak cuba... tapi bile gak eh??

    ReplyDelete
  12. Rozzan...semua kek lapis you nampak sedap dan cantik-cantik.I nak tanya you ade tak resepi kek lapis cheese (ditabur parutan cheedar cheese antara lapisan)? I teringin sesangat nak makan. Tolong yer....!

    ReplyDelete
  13. Hi,anonymous. If I could recall, I have lapis cheese recipe since 80s bt I havent tried yet as at that time, I dont think it'll taste nice and also im afraid of increasing my waistline . Anyway, gv me sometime to scout for it fr you K? btw,apa agaknya nama cik anonymous eh!..heheh.

    ReplyDelete
  14. mummy jam.....glad to know you like Lapis horlick. actually the measurement is standard , but you can always reduce the quantity of sugar and milk. as for myself, I always use 3/4 glass sugar and 3/4 can of milk. the original receipe, the measurement are all in glass which is quiet incovenient to friends out there. one more thing, the horlick you can use diffrent flavor esp. when you divide into two.

    rozzan - seems that you must try the receipe that I share posting to your blog. otherwise you telan air liur bila orang cakap sedap.hehhehe.....

    ReplyDelete
  15. happy birthday rozzan...semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan berbahagia sentiasa bersama keluarga tersayang.
    saya nak tanya pasal kek mami jarum. harap rozzan or deeyana dapat jawap ye. ...semua bahan disatukan dan dipukul hingga sebati...
    maksudnya,ada ke bila nampak adunan sebati je berhentikan mixer atau nampak kembang sikit(tak perlu pekat)?

    ReplyDelete
  16. Selalunyakan puteri, kalau cara saya membuat kek lapis, kalau sebati tu maksudnya sampai kembang dan pekat (I always pukul dgn high speed fr abt 10 minutes) pastu stop.

    Deeyana: Care to comment psle.
    Pssttt.. mmg nak cuba tapi blum ada masa, perhaps hujung minggu. Tapikan nanti dah masak banyak2 saper eh nak makan. Ada sesaper ke yg nak rasa kot, tp kat spore jer ahh..heheh

    ReplyDelete
  17. puteri.....saya pun sebenarnya 1st time try utk kek ni. tapi sebab dah biasa buat kek, kita tau when to stop. masa saya buat hari tu, saya pukul hingga adunan betul2 bercampur dan kelihatan pekat. sebab kita kena ingat ada mentega kat dalam tu yang belum kembang. saya guna low speed untuk permulaan dan bila adunan dan nampak bercampur tukar ke high speed. berapa lama tu, minta maaf saya tak ingat. advisable, biar sampai 15 minit pun tak apa.

    rozzan, saya pun masih ada balance lagi kek tu. bukan favourite my kids. rasanya kalau Lapis India sure dah habis. ingat nak buat kek 2 -3 jenis masa raya haji nanti. saja-saja untuk makan. kalau tidak, setahun sekali je mewah dengan kek.

    ReplyDelete
  18. Abang Rozzan, nanti Shida nak cuba kek lapis yang warna-warni ni pulak. Dah macam syok buat kek lapis hehehehehe.

    ReplyDelete
  19. Alhamdulillah, selalu2 cuba, mahirlah nanti yer shida! Mmg syok kalau dah reti buat kek lapis ni. Jimat belanja lagi dan takyah beli2 lagi kat kedai.

    ReplyDelete