Monday, November 27, 2006

KEK TAPAK KUDA

Malam ni saya berkesempatan cuba membuat Kek Tapak Kuda (Horse Shoe). Terdapat beberapa resipi yg sedia ada tapi saya telah menggunakan resipi Pn Aini Salim yg saya tukil dari 'Forum Interaktif Diana'. Berikut adalah beberapa foto yg saya sempat saya petik dan juga resipinya.

Kek Tapak Kuda
(Sumber Resipi : Aini Salim)

Bahan
10 biji kuning telur
5 biji putih telur
225g gula castor
110g tepung gandum atau tepung halus (saya gunakan tpg Hong Kong)
10g susu tepung atau tepung aiskrim vanilla
135ml mentega cair
1 sudu makan rata penstabil (ovalette)
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh perasa coklat (saya gunakan chocolate emulco)
1/2 sudu teh serbuk penaik
coklat nutella atau pes kacang hazel

Cara :
1. Satukan telur, gula dan penstabil, lalu pukul perlahan hingga naik dan pekat. Masukkan tepung, susu dan serbuk penaik. Pukul lagi hingga rata.
2. Masukkan mentega cair dan esen vanila, kacau rata.
3. Ambil 5 senduk adunan dan masukkan perasa coklat. Kacau hingga rata. Baki adunan yg plain dimasukkan ke dalam piping bag.
4. Sediakan 2 loyang berukuran 10x10x1 inci, alas dengan kertas dan sapu dengan mentega. Tuang adunan coklat dan ratakan di dalam loyang. Kemudian, picitkan adunan plain dari piping bag- sejalur demi sejalur hingga menutup adunan coklat tadi.(sbb kalau kita tuangkan adunan plain tadi ke atas adunan coklat yg dah rata tu dgn senduk/sudu, tentu ianya tak menjadi rata).
5. Bakar didalam ketuhar bersuhu 180c selama 20-25 minit. Sejukkan seketika.
6. Keluarkan kek dari dalam loyang. Potong tepi keliling kek. Sapu Nutella atau pes kacang hazel di atas lapisan coklat dan lipat dua kek tu. Bungkus dengan kemas dan simpan didalam peti sejuk.

Nota:
1) Walaupun masa membakar dlm resipi ini adalah selama 20-25 minit, saya telah membakar kek ini selama kira-kira 14 - 15 minit di dalam built-in oven saya.
2) Seperkara lagi, walaupun saya telah ambil 6 senduk adunan utk dicampur dgn chocolate emulco, still, bila dah siap 2 loyang, masih lagi ada lebihan adunan yg plain. In future, perhaps saya akan menggunakan loyang yg besar sikit iaitu 11" x 11".

Maaflah kalau keknya kurang menarik sbb 1st time mencuba.

Sunday, November 26, 2006

26 NOVEMBER 2006

Tanggal 26 November merupakan tarikh yg sentiasa tercatit dalam kad pengenalan saya- tak boleh diubah-ubah lagi. Dan tarikh ini adalah salah satu tarikh yg selalu diingati oleh kami sekeluarga. Tapi hari ini takde apa2 rancangan special sbb tak cukup quarom heheh! My 2nd daughter who is involved in the organizing of a special Camp for Teenagers sanctioned by the Joint Social Services of Singapore, will be back only tomorrow. Perhaps tomorrow then can go makan!! what else ? coz that's Singaporeans' favourite past time!


(Psst.... btw, I wasn't delivered at Kandang Kerbau eh!! I wanted it at home- and home back then was at lorong 33 Geylang)

Friday, November 24, 2006

KEK LAPIS CHEESE / KEJU

Di atas permintaan seorang pengunjung blog ini, di sini saya sertakan resipi Kek Lapis Cheese sumbangan saudari Deeyana dari negeri bumi kenyalang.. Diharap dapat dimanfaatkan oleh anda semua termasuk yg meminta resipi ini. Selamat mencuba!


KEK LAPIS CHEESE / KEJU

Bahan A
10 biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk
50 gm tepung jagung
300 gm gula
250 gm tepung Hong Kong
2 sudu makan ovalet
2 oz air sejuk

Bahan B:
400 gm mentega
2 sudu besar susu pekat
170 gm cream cheese (jenama philadelphia/anchor)

Bahan C:
170 gm cheddar cheese (diparut)

1) Bahan A disatukan dan dimesin sekali.
2) Pukul mentega dan susu hingga sebati. Masukkan cream cheese dalam adunan mentega. Gaul/kacau rata.

3) Masukkan adunan Bahan A ke dalam adunan mentega dan digaul hingga sebati. Bakar selapis demi selapis dgn setiap lapisan ditabur cheese parut.

Nota: Untuk mendapat taburan cheese yang sekata (rata), setelah adunan diratakan, baru taburkan cheese dan dibakar.

Wednesday, November 22, 2006

KACANG PHOOL

We had kacang phool for dinner, simple yet filling. Actually, kalau dah mlm2 nie tak bolehlah makan berat2 eh! My recipe is very simple and it's taught by my late aunt. In the early eighties, to make kacang phool, I used to boil farva beans (kacang parang) for more than an hour...phew!!! seksanya nak makan!!! ; till my late aunt taught me this simple recipe. So, if you wanna try, here its is.


KACANG PHOOL
Bahan-Bahan
2 tin kacang parang rebus dlm tin
- separuh kisar halus, separuh lagi kisar kasar sedikit, ambil airnya sekali.
2 biji bawang besar (saiz besar, dipotong dadu kecil2)
3 biji tomato buah (dipotong dadu)
250 gm daging kisar
1 sudu teh ketumbar + ½ sudu teh jintan halus- optional (sangai, kisar halus)
secukup minyak masak
air secukupnya

Bahan-Bahan Sampingan
secukup telur digoreng mata lembu
(pada minyak menggoreng telur dicampurkan sedikit minyak sapi)
secukup bawang besar (potong dadu)
secukup lada hijau/merah (hiris)
limau kasturi (belah dua)
roti perancis (potong dan bakar sebentar)

Cara:
Panaskan minyak. Tumis bawang dadu dan kacau. Masukkan tomato dan kacau lagi hingga layu. Masukkan daging kisar dan ketumbar/jintan lalu kacau rata hingga empuk. Kemudian masukkan kacang parang tadi dan kacau rata-rata. Kalau sudah cukup masin, jgn bubuh garam. Angkat dan hidangkan.

Cara Menghidangkannya
Sediakan pinggan dan sendukkan kacang phool ke dalamnya. Setelah telur digoreng mata lembu, angkat dari kuali dan bubuh telur tu ke atas kacang phool. Scoopkan sedikit minyak (yg telah dicampur minyak sapi tadi) dan tuang ke atasnya. Taburkan bawang dadu, lada hijau/merah di sekeliling kacang phool ini dan perahkan jus dari sebiji limau kasturi. Enak dimakan waktu hangat2 dgn roti perancis.

Tuesday, November 21, 2006

PUDING NAGASARI

Resipi Puding Nagasari (pisang) ini telah agak lama saya perolehi dari seorang saudara. Ia boleh juga dibuat gubahan sebagai hantaran pertunangan atau pernikahan jika dibubuh dalam acuan menarik seperti berbentuk hati (heart).


PUDING NAGASARI
Bahan-Bahan
1 mangkuk gula (kira-kira 350 gm)
1 tahil agar-agar strips (1 paket)
5 gelas air
1 biji kelapa (ambil 2 gelas santan pekat)
6 sudu makan tepung jagung- satukan dgn santan pekat
secubit garam
2 batang pisang tanduk (kira-kira 600 - 700 gm) - belah 2 memanjang, potong sederhana nipis

Cara:
Jerang agar-agar, gula dan air sehingga mendidih dan pekat. Masukkan santan yg telah di campur tpg jagung dan garam lalu dikacau lagi hingga mendidih dan pekat. Masukkan pisang yg telah dipotong tadi lalu kacau sebentar sehingga pisang layu sedikit. Tuang ke dalam acuan dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk didinginkan. Setelah agak keras , bolehlah dipotong dan dihidangkan.

Monday, November 20, 2006

CREAM PUFF

Di sini saya sertakan resipi cream puff yg ada dalam koleksi saya. Ia merupakan permintaan dari sdri musliha. Maaf ya musliha, baru ni saya dapat saya lampirkan. Anyway, resipi ini adalah dari sebuah buku masak setempat berbahasa Inggeris. Saya telah membuat cream puff dgn mengikuti resipi ini sejak tahun 90an lagi. Cuma, terdapat pelbagai cara membuat krimnya. Di sini saya sertakan resipi asal cream puff & krimnya. Juga, gambar yg saya lampirkan adalah langsung dari buku tersebut. Insya'allah bila saya ada gambar terkini, saya akan postkan kat sini menggantikannya. Selamat mencuba.



CREAM PUFF 
Bahan-bahan:
170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dgn suhu 180-200 darjah Celsius. Ayak tepung bersama baking powder. Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk. Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk. Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat. Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dgn nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil. Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jgn putus) pada puff tersebut. Isikan dgn krim kastad.


Krim Kastad
3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:
Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yg telah dididihkan ke dalamnya. Masak di atas api yg kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.
Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dgn mentega atau dialas dgn kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar. Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yg telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.

Saturday, November 18, 2006

Selamat Hari Ulangtahun ke..........

Hari ini merupakan Hari Ulangtahun isteri saya. Semoga beliau dipanjangkan usia (sentiasa di dalam keimanan dan ketaqwaan), diberi kesihatan rohani dan jasmani dan sentiasa di dalam lindungan Allah SWT. Thank you for your dedication and perseverance in our almost 18 years of marriage. Takde apa-apa rancangan special harini dan kami pun tak bercadang kemana-mana, maybe some other time.

Pada harini juga kami menerima tamu (you know who you are!). Malangnya terlupa lak nak snap gambar. Anyway, saya rasa berbesar hati dan telah menyediakan sedikit jamuan utk mereka.........





Berikut adalah resipi-resipinya:


BONE STEAK (SUP TULANG)

1 kg tulang kambing

1 inci halia - tumbuk
4 ulas bawang putih - tumbuk
1 batang serai - titik
1 sudu teh garam

(Campurkan semua bahan di atas di dalam sebuah periuk lalu tuangkan secukup air sehingga tulang nya tenggelam. masak hingga empuk – kira-kira 1 jam, kalau gunakan pressure cooker abt setengah jam)

BAHAN-BAHANNYA

1 sudu teh lada hitam*
10 tangkai cili kering (atau ikut citarasa)*
4 ulas bawang putih*
1 sudu makan ketumbar*
½ sudu teh jintan halus*
7 ulas bawang merah* …………………… (* dikisar halus )
minyak untuk menumis
¾ botol tomato sos
2 sudu besar pes tomato
1 sudu besar kicap pekat
gula dan garam secukup rasa
1 biji bawang besar (hiris tebal)
1 biji kentang (potong wedges)
2 biji tomato (potong empat)
sedikit kobis (hiris)
2 batang lada hijau (hiris kasar)
2 biji telur (kocok sedikit)
½ cawan bawang goreng (optional)
secukup daun ketumbar/pudina

PERATURAN
Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga garing. Masukkan pes tomato, sos tomato, kicap, garam dan gula. Sesuaikan rasanya, jgn terlalu masam. Masukkan tulang tadi dan air rebusannya. Kalau air nya kurang bolehlah ditambah lagi. Kacau rata dan biarkan 10 minit. Kemudian masukkan bawang goreng dan bahan selebihnya. Akhir sekali, masukkan telur dan kacau sedikit hingga telurnya rata dan taburkan daun ketumbar/pudina.

Nota: Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Apa2 yg kurang bolehlah ditambah seperti gula, garam, sos tomato, dll. Saya selalu masukkan sedikit isi daging kambing kerana......... saya tak makan tulang....heheh.


TAHU TELUR
Bahan-Bahan
10 keping tahu yg kecil
6 biji telur (saiz besar)
secubit garam
2 sudu makan tepung jagung (larutkan dgn sedikit air)
minyak utk goreng tahu cara terendam (deep frying)
acuan2 kecil aluminium (bulat) seperti acuan kuih jepun
secukup timun (dihiris)
secukup lobak merah (dihiris)-optional

Cara:
Telur dikocok di dalam sebuah mangkuk dgn secubit garam. Masukkan tpg jagung dan kacau rata. Tahu dipotong dadu, kecil2 lalu digoreng separuh masak dgn menggunakan minyak. Toskan dan biarkan sejuk sebentar. Setelah sejuk, masukkan tahu ke dalam bahan telur tadi dan kacau. Panaskan minyak yg banyak di dalam kuali (lebih baik kuali yg flat base) dan bubuh acuan-acuan bulat tadi di dalamnya. Setelah minyak panas, gunakan senduk sederhana dan bubuh tahu yg telah dicampur dgn telur tadi ke dalam acuan yg telah direndam dalam minyak tadi. Jangan bubuh terlalu penuh, setakat level dgn permukaan acuan tadi. Siramkan acuan yg telah dibubuh tahu itu dgn minyak yg terdapat dlm kuali itu hingga ¾ masak. Kemudian buka acuan itu dan ketepikan dan biarkan tahu masak sebentar lagi hingga garing. Sesudah masak, angkat dan toskan.
Untuk menyajikan nya, ambil satu keping tahu telur, taburkan dgn hirisan timun dan lobak merah dan siramkan dgn kuah kacang atau sambal.

Nota: Tahu Telur ini selalunya dimakan dgn sos/sambalnya tetapi ada juga yg gemar memakannya dgn kuah kacang seperti kuah kacang yg dimakan dgn tahu goreng.


Sos/Sambal
25-30 btg lada kering (rendam dan kisar)
6 ulas bawang putih- kisar
2 sudu makan cuka
secukup sos tomato (optional)
3 sudu makan petis
100 gm gula melaka (masak dgn sedikit air & tapis)
secukup gula pasir
secukup garam
secukup air

Cara:
Satukan semua bahan di atas dan masak sehingga pekat dan mendidih. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda.

Kuah Kacang
300 gm kacang tanah (sangai & tumbuk kasar)
15 btg lada padi (tambah lagi jika mahu pedas)
6 ulas bawang putih
½ sudu makan cuka
secukup gula pasir,
secukup gula timbang (brown sugar yg warna cokelat pekat)
sedikit kicap masin, garam dan air

Cara:
Tumbuk cili padi bersama bawang putih hingga halus. Masukkan kesemua bahan-bahan lain dan kacau rata. Sesuaikan rasanya mengikut selera anda.

Nota: Sukatan bahan2 kuah kacang ini saya agak2 saja sbb mcm gitu lah yg saya pelajari dari arwah ibu saya. Walhasil, anda ikutlah selera rasa anda bila membuatnya. Yg saya beri hanyalah sebagai panduan jer.


Popiah Goreng


Bahan-Bahan
1 kg sengkuang (dipotong memanjang seperti biasa membuat popiah)
1 batang kecil lobak merah (hiris memanjang, halus)
6 ulas bawang putih (tumbuk)
300 gm udang basah/hidup (bersihkan, potong kecil-kecil)
beberapa batang crabstick (hiris atau siat2 halus)
2-3 sudu makan tauco (tumbuk halus)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu makan gula
garam secukup rasa
4 biji telur (dibuat telur hancur)
minyak secukupnya
1 paket kulit popiah

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga kuning, masukkan udang dan crabstick dan kacau rata. Masukkan tauco, kacau rata-rata lalu masukkan sengkuang, lobak merah, lada putih, gula dan garam. Kacau rata-rata dan biarkan hingga sengkuang layu. Sesuaikan rasanya dan matikan api.

Ambil sehelai kulit popiah , isikan dgn inti sengkuang tadi dan bubuh sedikit telur goreng hancur tadi. Gulung kemas-kemas dan ‘matikan’ hujung kulit poipiah dgn sedikit air yg telah dicampur dgn tpg gandum (seperti gam). Buatlah begini hingga selesai inti sengkuang tadi. Goreng popiah dgn menggunakan kaedah terendam (deep frying). Hidangkan dgn sos/sambal.

Nota: Concidently, sos/sambal popiah ini saya gunakan yg sama seperti sos/sambal resipi tahu telur.

And... I also bake , for the third time the Marble Chocolate Cheese Cake (resipi dari Rohayah)


Ayam Masak Merah / Mee Goreng

Semalam, Jumaat, saya menyediakan Ayam Masak Merah. Anak-anak saya memang gemar dengan lauk ini. Kekadang tu, diratah jer daging ayam tu tanpa nasi. Beginilah cara saya menyediakannya.


AYAM MASAK MERAH
Bahan-Bahan1 ekor ayam (1.2 to 1.5 kg) - dibuang kulit, potong 8 atau 12 kpg
15-20 btg lada kering (rendam, kisar)
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai (titik)
1 inci lengkuas (titik)
1 biji bawang besar (hiris-utk tumis)
1 tin kecil tomato puri
100 ml susu cair
sedikit badam (abt 10 biji, buang kulit kisar halus)
1 sudu teh jintan halus (kisar)
segenggam bawang goreng
secukup minyak utk menumis, tambahkan 1 sudu besar minyak sapi (optional)
garam, gula secukup rasa.
Cara:
Kisar lada kering, bawang besar, bawang putih & halia hingga halus. Panaskan minyak, tumis bawang hiris. Setelah bawang layu, masukkan rempah kisar tadi bersama jintan, serai dan lengkuas. Masak hingga rempah betul2 garing lalu masukkan ayam tadi. Masukkan juga secukup air utk mengempukkan ayam. Setelah ayam 1/2 masak, masukkan tomato puri, susu cair, badam kisar, garam dan gula. Kacau rata dan masukkan bawang goreng. Kacau lagi dan kecilkan api dan biarkan hingga ayam empuk.
Dan inilah mee goreng yg biasa saya masak utk keluarga.

Mee Goreng

Bahan-Bahan1 kg mee kuning
300 gm taugeh (dibersihkan)
1 cawan cili kering kisar (boleh ditambah jika mahu lebih pedas)*
2 biji bawang besar (saiz besar, kalau kecil gunakan 3 biji)*
1 biji bawang besar (hiris)
4 ulas bawang putih*
1 sudu besar udang kering (rendam, tumbuk)*
250 gm daging (potong nipis, kecil2 –rebus hingga empuk)
2 keping fish cake besar (abt 200gm)-hiris
250 gm udang hidup (buang kulit, tinggalkan ekor)
4 batang crab stick (potong kecil2)
3 ekor sotong basah, dibersihkan (potong bulat2)
3-4 sudu makan sos tomato
2 biji kentang (rebus dan potong kecil2)
4 biji tomato (setiap biji dibelah 4)
1 sudu teh gula (optional)
2 sudu makan kicap manis
garam secukup rasa
minyak utk menumis
daun sup/bawang
sedikit bawang goreng
telur dadar hiris (hiasan) - optional
limau kasturi (optional)

Cara:
Kisar bahan-bahan *. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang besar hiris. Bila layu, masukkan bahan-bahan kisar lalu masak hingga garing. Masukkan daging, fish cake, sotong, udang dan crab stick dan kacau rata. Setelah itu masukkan taugeh dan kacau sebentar. Kemudian masukkan mee kuning, sos tomato, kicap manis, gula dan garam. Gaul rata dan sesuaikan rasanya. Setelah itu masukkan kentang rebus, tomato, bawang goreng dan daun sup/bawang. Gaul sekali lagi hingga rata lalu matikan api. Hidangkan bersama hirisan telur dadar dan limau kasturi.

Tuesday, November 14, 2006

Kek Lapis Mami Jarum / Horlicks

Bagi pengunjung blog saya, mintak maaf kerana buat masa ni banyak posting pasal kek lapis ... Oleh kerana saya belum berkesempatan nak buat posting ttg resipi atau topik2 lain, diharap sesiapa yg berminat bolehlah berkongsi resipi kek atau kek lapis anda, pengalaman anda membuatnya atau pun tips2 utk dimanfaatkan bersama.

Di sini saya postkan 2 resipi kek lapis iaitu KEK LAPIS MAMI JARUM dan KEK LAPIS HORLICKS dari Sdri Deeyana (thanks for sharing ya!). Diharap sesiapa yg berminat, bolehlah mencubanya.


(Maaf Deeyana, I edit your pic, kasi make-up sket..)

Kek Lapis Mami Jarum
Bahan-bahan:
12 biji telur
16 oz mentega
16 oz gula halus
16 oz tepung gandum
200 gm horlick
1 tin kaya (300 gm)
1 tin susu manis (397 gm)
1 kotak kecil santan harmuni (200 ml)
1 botol besar peanut butter (340 gm)
300 gm coklat masakan
1 sudu makan esen vanilla
pewarna hijau, merah, kuning

Cara:
Masukkan semua bahan kecuali cooking chocolate ke dalam mixing bowl dan pukul hingga sebati. Kemudian bahagikan adunan kepada 3 bahagian.

1 bahagian (sukatannya dilebihkan sedikit dari yg 2 bahagian yg lain) dibahagikan selanjutnya kepada 4 bahagian kecil dan diwarnakan dgn hijau, merah, kuning dan plain(warna asal). Masukkan adunan kek ini ke dalam botol sos plastik atau 4 piping bag berasingan (atau anda boleh gunakan kertas tracing yg dibentuk seperti corong piping bag)

2 bahagian lagi dicampurkan dengan cooking chocolate yang dicairkan.

Kukus atau bakar 1 bahagian adunan chocolate selapis demi selapis hingga habis. Kemudian, picitkan adunan yg berwarna tadi menyerong, berselang warna dan dibakar. Ulang proses ini hingga adunan selesai dengan picitan itu dibuat samada dgn jalur yang sama atau menyilang. Setelah itu, bakar pula lagi 1 bahagian adunan chocolate selapis-selapis hingga selesai.


Kek Lapis Horlicks
Bahan-Bahan:

10 biji telur
16 oz mentega
220 gm gula kaster
240 gm tepung gandum
200 gm horlicks
1 tin susu pekat (397gm)

Cara:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, gaul rata. Masuk tepung, horlicks dan susu serta gaul sebati. Bakar selapis-selapis hingga selesai.

Friday, November 10, 2006

Kek Lapis Rempah / Kek Lapis Aiskrim Strawberry



Kek Lapis Rempah ni baru saja dihasilkan semalam (Khamis). Bagi mereka yg gemar, bolehlah mencubanya...

Kek Lapis Rempah
Bahan-bahannya:
10 biji kuning telur
3 biji putih telur
7 oz gula halus
9 oz mentega
2½ oz tepung Hong Kong
¼tin susu pekat
1 oz badam kisar
3 sudu teh rempah kuih
½ sudu teh baking powder
½ sudu teh vanilli

Peraturannya:
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur.
Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak.

KEK LAPIS AISKRIM STRAWBERRY

Kek Lapis Aiskrim Strawberry ini telah saya buat beberapa kali, dan alhamdulillah setiap kali ianya menjadi. Saya ikut resipinya dan tidak membuat apa-apa pun perubahan pada sukatan atau bahannya. Gambar di atas adalah dari penyumbang resipinya.

Kek Lapis Aiskrim Strawberry
(sumber : Pn Hawa Ismail/Buku Masak Warna)
Bahan A
24 biji kuning telur
450 gm mentega
5 biji putih telur
280 gm gula halus
80 gm tepung naik sendiri
sedikit pewarna merah/kuning
1 sudu teh esen vanilla

Bahan B
170 gm tepung ice-cream strawberry (diayak dahulu)
150 gm ice-cream strawberry (jenis plain) – lembutkan
130 gm susu tepung
1 sudu teh esen vanilla

sedikit mentega (dicairkan dlm mangkuk kecil utk disapu pada setiap lapisan)
loyang pembakar (10” x 7”)- alaskan dgn kertas tracing, sapukan mentega

Cara:
Mentega dipukul hingga gebu. Ketepikan. Pukul putih telur dgn separuh gula (140gm) hingga naik dan pekat. Ketepikan. Pukul kuning telur dgn gula yg separuh lagi hingga naik dan pekat. Masukkan mentega dan kacau rata. Campurkan adunan putih telur, kacau rata, masukkan tepung dan kacau lagi hingga rata. Bahagi adunan kepada 2 bahagian.

Satu bahagian dicampurkan dgn susu tepung, esen vanilla dan warna kuning. Yang satu bahagian lagi dicampur dgn tepung ice-cream strawberry, esen strawberry, serta ice-cream strawberry dan pewarna merah. Kacau rata-rata.

Bakarlah berselang-seli merah dan kuning, mengikut citarasa anda samada selapis kuning, selapis merah atau dua lapis kuning, dua lapis merah. Gunakan api ‘grill’ dgn suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius. Pada setiap lapisan, setelah lapisan itu masak, keluarkan dari oven dan sapukan dgn mentega cair. Tuang lagi adunan (kira-kira 1 senduk) dan bakar lagi hingga ke lapisan akhir. Pada lapisan terakhir, gunakan api oven (api atas bawah) dan kecilkan suhunya kpd kira-kira 160 darjah dan masak hingga kek masak (kira-kira 8-10 minit).

Wednesday, November 08, 2006

Resipi Kek Lapis Prune

Dari pengamatan saya yg kerdil ini, membuat Kek Lapis ada pelbagai cara. Namun, terdapat 2 kaedah yg asas. Jadi bagi sesiapa yg ingin berjinak-jinak dgn pembikinan kek lapis ini, saya sarankan anda cuba mahirkan dahulu resipi yg asas (basic) ini. Saya lampirkan resipi kek lapis prune dgn 2 kaedah(cara) yg berlainan dan juga dgn atau tanpa menggunakan ovalette sebagai bahan pelembut. Sukatan di dalam kurungan (bracket) tu adalah bagi separuh bahagian resipi.

KEK LAPIS PRUNE (1)
Bahan-bahannya
20 (10) biji kuning telur
5 (2½) biji putih telur
12 (6) oz gula halus
16 (8) oz mentega
(2¾) oz tepung Hong Kong atau 150 (75gm)
1 (½) sudu teh baking powder
3 (1½) sudu besar susu pekat
7 (3½) oz buah prune (atau secukupnya) - digunting2
1 (½) sudu teh serbuk vanilli

Peraturannya:
Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur. Kacau rata-rata. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Bakarlah selapis-selapis hingga selesai; setiap lapisan gunakan 2(1) senduk adunan. Taburkan prune pada setiap lapisan genap.

Resepi kedua ini adalah sumbangan bekas teman sekerja saya kak Noraini Abdullah.

KEK LAPIS PRUNE (2)
Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
11 oz gula halus
16 oz mentega
5½ oz tepung Hong Kong }
1 sudu teh baking powder} ayak bersama
7 oz (atau secukupnya) buah prune -digunting2
1 sudu besar ovalette
1 sudu teh vanilla

Peraturan:
Pukul mentega dan vanilla sehingga kembang..... Bahan (A). Pukul telur, tepung, baking powder, gula dan ovalette dgn high speed hingga pekat (kira2 sepuluh minit)..... Bahan (B)
Satukan Bahan (A) dan (B). Kacau rata-rata. Bakarlah selapis selapis dgn menggunakan api 'grill' (api atas jer) sehingga selesai. Pada setiap lapisan genap, (kedua, keempat, keenam,...) taburkan dgn buah prune yg telah digunting-gunting tadi.

* Perhatikan bahawa resipi pertama menggunakan kaedah tradisional iaitu memukul putih/kuning telur berasingan dgn bahan-bahan lain seperti tepung, gula, dll. Ianya juga tidak menggunakan ovalette kerana cara begini sudah cukup membuat adunan ini lembut. On the other hand, resipi kedua menggunakan kaedah "all-in method" di mana bahan seperti telur, tpg dan gula dicampur bersama lalu dipukul. Lantas, ovalette digunakan utk menambahkan kelembutan pada adunan kek ini. So, if you can master this 2 basic methods, I don't see why you cannot bake Kek Lapis, rite??

Points To Note :
1.Bila mencampurkan bahan mentega dgn bahan telur/tpg, kacaulah rata-rata dan sebati. Kalau tidak, bila melapis, lapisan kek mungkin akan ada 'bubble-bubble kecil'. Jika ini terjadi, lekas-lekas ambil lidi penyucuk satay utk 'membocorkan' bubble tu agar permukaan kek rata semula.
2. Untuk resipi ini anda boleh gunakan loyang 10" x 7". Kalau anda buat 1/2 bahan, gunakan loyang yg kecil sedikit seperti 7"x7".
3. Alaskan loyang dan sapukan minyak/mentega di dasar dan sekeliling loyang.
4. Gunakan senduk bujur agar senang meratakan kek di 'bucu' loyang.
5. Gunakan alat penekan kek lapis sekadar utk meratakan setiap lapisan kek.
6. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu kira-kira 20-30 minit sebelum membakar kek.
7. Gunakan api 'grill' dgn suhu lebih kurang 180 - 200 darjah Celsius. Saya menggunakan oven besar yg dipasang di kitchen cabinet. Selalunya, saya memerlukan lebih kurang 7-8 minit utk membakar setiap lapisan. Kalau dicongak, masa yg diperlukan utk membakar kek ini (abt 12- 14 layers) ialah kira-kira 1 jam setengah.
8. Bila tiba pada lapisan terakhir, setelah lapisan tu hampir masak, saya tukarkan dari mode grill kpd mode oven biasa dan kecilkan suhu kpd 150-160 darjah Celsius dan bakar selama kira-kira 5-8 minit sehingga kek masak rata.
9. Kek lapis ini boleh tahan lama jika disimpan baik-baik. Caranya ialah, selepas kek sejuk, bungkuslah dgn kemas dgn menggunakan kertas timah (aluminium foil) . Selepas tu simpanlah di dalam peti sejuk. Keluarkan setengah jam sebelum digunakan/dipotong.
10. Kalau yg jenis tidak menggunakan ovalette, kek ini boleh dibiarkan di luar sahaja di dalam loyangnya atau di dlm kotak kek. Ianya dapat bertahan kira-kira 1 minggu. Tapi, anda hendaklah memastikan loyang atau kotak kek lapis tu tidak di tutup rapat agar udara dapat masuk dan kek tidak rosak(bercendawan/mouldy).

Psst... kalau ada sesaper yg nak tambah, boleh lah bagitau kat saya yer!

Ha, inilah teman setia saya kat dapur tu..






Dan yg ini , senduk bujur dan penekan kek lapis yg saya maksudkan.



*********************************************************

Ni topik terkeluar ring sket, for lela, this mohrenglanz selalunya ada dijual di kedai Gim Hin Lee. I just bought it last week. Kedai Phoon Huat tidak menjual jenis chocolate coating camni mungkin sbb harganya lebih mahal.


Sunday, November 05, 2006

Another Kek Lapis coming up.......


Haa... I tried experimenting with colours on my kek lapis...This time my Lapis Prune recipe became my guinea pig. I used to leave the cake with its natural colour but what the heck....let's try some bright colours! heheh. Also, since the experimenting time is very late at night (abt 11pm on Friday) ...pardon me for the 'not-so straight' layers. Well it was also due to the prunes and the chocolate which I had added on to spice up the flavour... Any suggestions for a new name plse?

Anak-Anak BerHari Raya

Yesterday was my off-day but due to exigency of service, had to come back for OT. Came back home in the late afternoon after Asar. Sigh......... Till now, we really haven't had much time visiting relatives/friends as my youngest daughter Farah still had exams till last Thursday. I guess it's the same for most families here who have school-going children. Thought of going visitings but my wife said we need to stay home as the children's friends are coming!..... Well, came they did, and in large groups too but luckily not all at one go! otherwise I could imagine it could be chaotic with all my 3 children's friends..




Simple Works of Art( if ever you could call them Art)....... Simple they maybe but the effort went into them tells many stories......


Wednesday, November 01, 2006

Chocolate Hazelnut Cookies

Atas request mamimontel, di sini saya postkan lagi resipi Chocolate Hazelnut Cookies. Resipi ini terdapat dlm buku masak seorang guru masak Singapura Puan Zainab Khamis. Saya membuat sedikit perubahan dari segi membuatnya. Sebenarnya kan... Puan Zainab ni yg saya sebut Mak Nab adalah merupakan pangkat ibu saudara saya kerana beliau adalah sepupu kpd arwah bapa saya. Anyway, this is the recipe.

CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)- saya kisar 1/2 kasar 1/2 halus
225 gm tepung Hong Kong (saya tambah sedikit lagi jika adunan lembik)
1 sudu teh esen vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung beras
secukup badam/hazelnut cincang (dibakar sebentar)
secukup hazelnut (dibakar sebentar)

Peraturan:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan badam/hazelnut cincang.

Cara saya:
Selepas menabur badam/hazelnut cincang, biarkan cokelatnya kering baru dicelupkan lagi atau tuangkan cokelat (kali kedua) ke atas cookies tadi dan taburkan badam/hazelnut (kali kedua).

Selamat mencuba!