Friday, December 01, 2006

KUIH BAKAR UBI

Kuih Bakar Ubi merupakan kuih tradisional yg masih digemari ramai, baik tua ataupun muda. Berikut adalah satu resipi yg ada dalam simpanan saya. Selamat mencuba.





KUIH BAKAR UBI

Bahan-Bahan
1 kg ubi parut (perah dan buang semua kanjinya)
650 ml santan pekat (dari 1½ biji kelapa parut)
260gm gula
3 biji telur (saiz besar) –kacau sedikit
1 sudu besar minyak sapi atau mentega
1 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
sedikit vanilli

Peraturan :
Satukan semua bahan di dalam mangkuk besar dan kacau rata-rata hingga gula larut. Sapukan minyak sapi atau mentega pada dasar dan keliling loyang. Bubuh adunan ubi tadi. Bakar di dalam oven selama kira-kira 1 jam – 1 jam 10 minit dgn suhu 220-230 darjah Celsius. Oven hendaklah dipanaskan terlebih dahulu.

10 comments:

  1. Sedap nih...tapi tu la....nak sagat ubi, malas la...

    ReplyDelete
  2. Mmg betul, saya selalu beli jer kat pasar. Kerja senang heheh!

    ReplyDelete
  3. Yes.. sedap ni.. dan feberet pulak.. Terasa macam nak buat pulak...

    ReplyDelete
  4. Buat Rossya, jgn tak buat- sonang jer. Ni kes kacau2, gaul2 & terus bakar jer. Insya'allah menjadi.

    ReplyDelete
  5. rozzan, mami baru buat kuih ni pagi tadi... mmg sedap.... akan jadi simpanan tetap dlm file masakan ni... thanks for sharing..

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah, I'm glad u like it mamimontel. Terima kasih kembali..

    ReplyDelete
  7. rozzan, saya dah try buat ptg semalam...sedappp...makasih kerana pemurah kongsi resepi..:)

    ReplyDelete
  8. BR > noraz1990

    Alhamdulillah, saya gembira anda pun suka dgn resipi ni. Mekasih kembali! :)

    ReplyDelete
  9. maaf tersilap 1tbsp m.sapi atau mentega d-campor dalam adonan atau d-sapu d loyang

    ReplyDelete
  10. BR > sharipah
    Maaf sis. Yg 1 sudu makan minyak sapi tu dicampur dlm kesemua bahan. Untuk disapu pada loyang, gunakan yg lain yer.

    ReplyDelete