Wednesday, November 01, 2006

Chocolate Hazelnut Cookies

Atas request mamimontel, di sini saya postkan lagi resipi Chocolate Hazelnut Cookies. Resipi ini terdapat dlm buku masak seorang guru masak Singapura Puan Zainab Khamis. Saya membuat sedikit perubahan dari segi membuatnya. Sebenarnya kan... Puan Zainab ni yg saya sebut Mak Nab adalah merupakan pangkat ibu saudara saya kerana beliau adalah sepupu kpd arwah bapa saya. Anyway, this is the recipe.

CHOCOLATE HAZELNUT COOKIES

Bahan-bahannya:
250 gm mentega
100 gm kacang panggang hazelnut (kisar halus)- saya kisar 1/2 kasar 1/2 halus
225 gm tepung Hong Kong (saya tambah sedikit lagi jika adunan lembik)
1 sudu teh esen vanilla
70 gm gula halus
50 gm tepung beras
secukup badam/hazelnut cincang (dibakar sebentar)
secukup hazelnut (dibakar sebentar)

Peraturan:
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan tepung Hong Kong, tepung beras dan hazelnut kisar. Ambil sebiji hazelnut, bolotkan dengan adunan tepung tadi hingga menjadi seperti bola. Ulang sehingga kesemua hazelnut dan adunan habis. Bakar di dalam oven dengan suhu 170 darjah Celsius. Setelah masak, sejukkan dan celup dengan cokelat mohrenglanz yang telah dicairkan. Masukkan ke dalam acuan kertas lalu taburkan di atasnya dengan badam/hazelnut cincang.

Cara saya:
Selepas menabur badam/hazelnut cincang, biarkan cokelatnya kering baru dicelupkan lagi atau tuangkan cokelat (kali kedua) ke atas cookies tadi dan taburkan badam/hazelnut (kali kedua).

Selamat mencuba!

6 comments:

  1. Biskut ni, kalau dibaca dari cara Rozzan buat, dah boleh jadi Ferraro Rocher..but since Rozzan yang buat, bolehlah tukar nama ke Ferraro Rozzan...hehe...ee ampun, jangan marah...mama gurau je!

    ReplyDelete
  2. Heheh... ada-ada sajalah mama nie. Nantilah, saya patentkan nama ni jadi org lain takleh copy.

    ReplyDelete
  3. TQ Rozzan.. ooo.. resipi nyer sama dgn yg saya dpt dari tenet.. adunan ni mmg lembik ke???

    ReplyDelete
  4. Adunan ni mmg lembik siket sbb tu kalau x silap, pada resipi tu saya tambahkan sikit kandungan tpg nya. Tapi jgn bimbang, kalau dah bakar x lah lembik.

    ReplyDelete
  5. takde ke pic biskut nih kak?

    ReplyDelete
  6. Ada, kat posting dtd 30 Oct 2006.

    ReplyDelete