Followers

Sunday, September 18, 2011

MEE HOON GORENG PUTIH

Salams.... Mee Hoon Goreng Putih ni dah lama tak menjamahnya atau memasaknya. Tuhari semasa membalas ziarah Hari Raya ke rumah kawan sekolah rendah (iyer...., kawan sedarjah semasa umur 7-12 tahun dulu ), isteri beliau menyediakan mee hoon ni. Heheh, tak sedar betapa lama nya masa dah berlalu....

Wah, kebetulan blum makan malam lagi... balik keje OT terus gi rumah beliau bersama wife. Bila si isteri2 sibuk pot-pet sesama sendiri (macam dah kenal lama gitu, walhal baru 2 kali bertemu!) -  apalagi, saya bedal sampai licin!  ooppss hampir licin! - (kata orang tua2, tak baik gi rumah orang makan sampai licin terus, heheh). Then, pastu a few days later, ada pulak kawan FB pun tanya camna nak masak mee ni.... Takleh jadi, mesti nak masak sendiri jugak sbb tuhari makan kat rumah kawan kena elok2, takleh gelojoh..... Last entry bab Mee ni pun dah lama. Cuba tengok kat sini. So projek masak hari Ahad ni  Mee Hoon Goreng Putih lerr.

Simple dan mudah jer nak masak mee ni. Bak kata orang, orang lerr, bukan saya eh! - main campak2 jer bahan2 tu dalam kuali. Pasti jadi. Namun bagi mereka yg mula nak berjinak2 dlm bidang memasak ni, its quite a daunting task too! So yg dah terror masak tu, cuci mata jerlah yer. Saya dokumentasikan resipi ini sebagai rujukan saya dan mungkin anak2 saya yg saya rasa perlu diberi tunjuk-ajar ilmu kulinari ini demi masadepan kehidupan rumah-tangga mereka kelak. Jom..



 MEE HOON GORENG PUTIH

Bahan-Bahan
1 bungkus mee hoon (dicelur sebentar dgn air panas & toskan)
7-8 ulas bawang putih } ditumbuk halus
6 ulas bawang kecil } dihiris
500 gm daging lembu (dipotong kecil2/nipis dan rebus hingga empuk)
300 gm udang hidup (dibersihkan)
300 gm sotong basah (dibersihkan, potong ikut citarasa)
3-4 keping fish cake (hiris)
secukup sayur sawi (potong kecil)
secukup kobis (hiris)
sedikit taugeh (optional)
1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis)
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu makan sos oyster – optional
1 sudu makan sos abalone – optional
1 sudu makan kicap cair
2 sudu teh lada putih serbuk
secubit perasa atau 1/2 sudu teh gula
garam secukup rasa
minyak secukupnya
bawang goreng (optional)
telur dadar utk hiasan (optional)
lada jeruk

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang kecil hingga separuh masak lalu masukkan bawang putih tumbuk. kacau2 sehingga bawang kekuningan sket.
Kemudian masukkan, udang, sotong dan fishcake. Kacau sebentar lalu masukkan daging, lobak merah, kobis dan batang sayur sawi.Bubuh sedikit air rebusan daging jika perlu.
Kacau lagi hingga sayur layu sedikit. Masukkan sos oyster, sos abalone, minyak bijan, kicap cair, garam, gula dan kacau rata.
Seterusnya, masukkan lada putih serbuk, daun sayur sawi dan mee hoon yg siap dicelur. Gaul sehingga rata. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Toko tambahlah apa yg perlu.
Hidangkan mee ini dgn sedikit taburan bawang goreng, lada jeruk dan hirisan telur dadar.
   
Nota:
Apa2 yg optional tu, kalau xde atau tknak pakai pun ok. Tak menjejas rasa mee tersebut.
Kalau nak tambah apa2 pun, go ahead, especially sayur-mayurnya.


Saturday, September 17, 2011

MEE BETAWI


Mee Betawi merupakan satu lagi jenis hidangan mee yg kuah asasnya diperolehi dari rebusan ayam, daging, udang dan sebagainya. Seorang teman FB telah request utk mendapatkan resipi Mee Betawi ni. Bila dengar jer nama hidangan ini, teringat saya pada resipi yg dah hampir lebih 20 tahun saya simpan dalam senarai/arkib saya. Pencarian di Internet juga menghasilkan beberapa versi yg hampir serupa tapi x sama. Apapun, setelah menelaah resipi-resipi tersebut, saya pun cuba menggabungkan intipati2 yg menjurus terhadap penyediaan Mee Betawi ini.





Beginilah hasil percubaan saya...semoga Sis Wardah juga akan mencubanya dan berikan feedback. Tetapi sebagaimana biasa, lazimnya apa pun resipi yg saya kongsi bersama merupakan resipi asas yg boleh anda menokok tambah dan mengubah-suai mengikut selera anda. There's actually no right or wrong version here. Terserah kpd citarasa dan selera masing2. Tepuk dada tanya selera. Jom tengok resipi dan pics.

MEE BETAWI

Bahan-Bahan
500 gm daging lembu
350 gm udang (sederhana besarnya)
200 gm fishball (celur/kukus atau masukkan jer dlm microwave)
 
1 kg mee kuning (celur & toskan)
200 gm taugeh (celur & toskan)
1 peket sayur sawi (potong, asingkan btgnya dari daun lalu celur dan toskan)
200 gm kobis (hiris dan celur, toskan)
secukup daun sup/bawang
secukup cili merah/hijau (dihiris memanjang)
secukup bawang goreng
4 biji telur (didadar & dihiris halus) – optional, saya terlupa nk buat!!


Bahan Kisar
4 sudu makan cili kering kisar
2 biji bawang besar
6 ulas bawang putih 
3 sm halia
25 - 30 batang cili padi Thai (yg merah dan panjang2)

½ cawan kicap manis
2 sudu makan serbuk lada putih
2 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan Rempah Sup
6 sudu makan sos tomato
6 sudu makan sos cili
1 cawan minyak masak
1 sudu teh gula
garam secukup rasa

cili jeruk


Cara:
1. Daging dipotong kecil-kecil dan direbus dgn 1 liter air hingga empuk. (Saya gunakan periuk tekanan udara jer!)
2. Udang dibuang kulit dan digoreng, ketepikan. Kulitnya pula direbus sebentar dgn 400 ml air dan kemudian dikisar halus. Selepas itu, ditapis airnya.
3. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar bersama rempah sup sehingga naik baunya. Masukkan air kulit udang, serbuk lada putih/lada hitam dan kicap manis. Kacau rata-rata.
4. Bubuh pula daging yg telah direbus tadi bersama airnya. Masukkan sos cili/sos tomato, gula dan garam secukup rasa. Masaklah hingga mendidih, sambil dikacau-kacau.

Cara Menghidangkan Mee Betawi


Bubuh sedikit mee kuning yg telah dicelur tadi bersama taugeh, sawi dan kobis  ke dalam mangkuk. Tuangkan kuahnya. Kemudian, taburkan dgn udang, bebola ikan, daun sup/bawang, hirisan lada merah/hijau, telur dadar dan bawang goreng.






Nota :
Anda haruslah berhati2 dgn penggunaan cili padi. Saya actually bubuh 40-50 tangkai cili padi. Bila waktu masak, saya rasa taklah begitu pedas;  tp anak2 dan isteri cakap “berdesssuuuuttttt” pedasnya. Tapi bagi mereka yg rasa kuahnya kurang pedas, bolehlah hidangkan dgn cili hijau/cili padi jeruk... asal jgn berasap jer keluar kat telinga....
  

Friday, September 16, 2011

CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS

Ada yg suka dan ada yg kurang minat dgn cookies "chocolate cornflakes macaroons" ni dek kerana kemanisan  meringuenya. Ada satu posting yg lalu ttg  resipi yg sama tetapi ada yg feedback hasilnya tk begitu garing atau rangup.

Di sini saya sertakan satu lagi resipi mudah yg Insya'allah akan menepati citarasa anda khususnya kanak2. Kalau nak cuba, silakan.


 
CHOCOLATE CORNFLAKES MACAROONS

Bahan-Bahan

280 gm cornflakes (atau almond flakes)

100 gm choc renchoco/choc chips

255 gm gula halus

115 ml putih telur  

½  sudu teh esen vanilla

½ sudu teh garam halus



Cara-Cara:


Pukul putih telur hingga naik.


Masukkan garam dan gula lalu pukul terus hingga pekat.


Kemudain masukkan cornflakes. choc chips dan vanilla. Gaul rata-rata. Anda boleh juga masukkan kira-kira 50 gm kacang( seperti badam, walnut, hazelnut, etc).
 

Setelah itu masukkan ke dalam acuan cupcakes yg kecil dan bakar hingga masak dan rangup dgn suhu ketuhar sekitar 170 darjah Celsius selama kira-kira 25 - 30 minit (tergantung kpd ketuhar anda).



KEK LAPIS CEMPEDAK, KEK LAPIS PEPPERMINT CHOC ANDES, KEK LAPIS PRUNE BEREMPAH


Salam buat semua pengunjung. Maaf, kerana saya selalu 'cuti rehat' memanjang waktu bulan puasa. Lagipun keadaan kesihatan pun kadang2 ok kadang KO! Wife dah pesan...tahun ni xyah amik order kek lapis laa. Rehat jer..... kebetulan, cuti yg saya sediakan utk baking pun kena kensel dek Pilihanraya Presiden Spura!

Apapun, saya dapat menyediakan 4 biji kek lapis, tiga utk saya sendiri dan satu lagi buat Mami Asmah Laili. Di sini saya sertakan resipi-resipi utk dikongsi bersama.




KEK LAPIS PEPPERMINT CHOC ANDES


Bahan-Bahan
450 gm mentega
1 sudu teh ovalette (optional), saya tk taruk
180 gm gula halus
10 biji telur (saiz besar)
120 gm serikaya/sekaya
1 tin susu pekat manis
120 gm Horlicks
240 gm tepung Hong Kong
1 sudu besar esen peppermint
secukup pewarna hijau (saya gunakan jenis serbuk)
2 sudu besar chocolate paste/emulco
2 bungkus Chocolate ANDES perisa peppermint

Cara
Pukul mentega, ovalette dan gula dgn high speed sehingga kembang (7 – 8 minit)
Masukkan telur sebiji sebiji sambil terus memukul hingga sebati. (4-5 minit)
Perlahankan speed mixer dan masukkan sekaya, susu manis dan horlicks. Pukul lagi hingga rata.
Perlahankan terus speed mixer ke tahap paling rendah dan masukkan tepung HK. Pukul sebentar setakat adunan dah rata. (1-2 minit)

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian; 

1 bahagian diwarnakan hijau dan dibubuh esen peppermint.
1 bahagian lagi di bahagikan kpd 2 - satu plain dan satu cokelat (dibubuh chocolate paste).

Cara membakar :

Bakarlah 4-5 lapisan pertama berselang-seli di antara adunan plain dan cokelat.
Kemudian, bakarlah lapisan hijau sehingga selesai dgn dibubuh choc ANDES di antara lapisan2 tersebut.
Akhir sekali bakar lagi 4-5 lapisan terakhir dgn adunan plain/cokelat.





KEK LAPIS CEMPEDAK


Terdapat pelbagai variasi resipi kek lapis cempedak. Di blog saya pun dah ada 2 resipi yg berbeza yg dah saya kongsi pada entry2 yg lalu. Kali ini, saya buat satu lagi versi kek lapis cempedak yg saya rasa terbaik yg pernah saya buat. Ini pandangan saya lerr. Kata orang tu "lain orang, lain rasanya".


Kalau nak cuba, silalah menelaah resipi berikut :


 
KEK LAPIS CEMPEDAK

Bahan A :
500g mentega
4 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen cempedak - (optional)
1 sudu teh esen vanilla

(Pukul semua bahan di atas dgn high speed)

Bahan B :
20 kuning telur
5 putih telur
270 gm gula kaster (halus)
1 sudu besar ovallete

120 gm tepung Hong Kong/ Top
20 gm tepung susu
150 gm puree cempedak*

*Bahan Utk Puree :

600 gm  isi cempedak (dibuang biji)
220 gm gula kaster/halus
220 ml air
(Campurkan semua bahan dan kisar halus. Masak sebentar di atas api sehingga pekat. Dikacau2 selalu agar tidak hangit)
 

Cara :
Pukul telur, gula kaster, ovalette di dalam mangkuk mixer dgn high speed sehingga kembang dan pekat.
Kemudian, masukkan Bahan A ke dalam adunan telur tadi dan kacau rata.


Seterusnya, bubuh tepung HK dan tepung susu, sedikit demi sedikit lalu dikacau rata.


Akhir sekali bubuh 150 gm puree cempedak. Kacau lagi hingga sebati.

Sediakan loyang kek berukuran 10” x 7” atau 8” x 8”. Alaskan dasar loyang dgn kertas tracing dan gris kan di sekelilingnya.
Kemudian mulalah membakar/melapis kek di dalam oven dgn suhu 170-180 darjah Celsius.

Utk lapisan pertama, bakarlah dgn menggunakan api atas dan bawah sekitar 5 minit dan kemudian tukarkan kepada api atas (grill) saja dan terus membakar sehingga kekuningan.

Bakar lapisan kedua seperti biasa sehingga masak. Kemudian bubuh 2-3 sudu besar puree cempedak ke atas lapisan kedua yg dah masak tu lalu ratakan. Bakar hingga cempedak betul2 kering. 

Kemudian buatlah lapisan seterusnya. Setiap dua lapis baru dibubuh lapisan puree cempedak. Buat begini sehingga selesai adunan.

Setelah lapisan terakhir dibakar, kecilkan suhu oven kpd 130-140  dan buka semula api atas bawah lalu bakar selama 10-15 minit sehingga kek masak rata.  



NOTA :
Utk menambah rasa lebih lemak kpd kek, anda bolehlah sapukan mentega cair di permukaan setiap lapisan kek yg plain (tanpa cempedak).

Setiap lapisan kek menggunakan 2 senduk bujur adunan. Kalau rajin, bolehlah dibubuh puree cempedak pada setiap lapisan kek... 
  







Yang dibawah ini pula resip kacukan prune dan rempah. Dek kerana malas nk buat lapis prune dan rempah seCara berasingan, hah.. nilah dia keje orang malas...



Jom, layan resipi sekali lagi...


KEK LAPIS PRUNE BEREMPAH

Bahan-bahannya:
20 biji kuning telur
5 biji putih telur
280 gm gula halus
500 gm mentega
150 gm tepung Hong Kong
200 gm susu pekat
50 gm badam kisar
2 sudu teh rempah kuih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilli
180 gm buah prune (digunting2)

Peraturannya:
1. Mentega, vanilli dan susu pekat dikacau hingga kembang. Ketepikan.
2. Pukul putih telur bersama baking powder hingga kembang. Masukkan gula sedikit-sedikit sehingga habis. Pukul lagi hingga naik dan pekat.
3. Masukkan kuning telur satu persatu dan terus pukul hingga sebati.
4. Masukkan mentega yang telah dikacau tadi ke dalam adunan putih telur.
Kacau rata-rata lalu masukkan tepung sedikit demi sedikit.
5. Masukkan badam dan rempah kuih. Kacau hingga rata dan sebati.
6. Bakarlah selapis demi selapis hingga masak. Pada setiap lapisan genap, bolehlah dibubuh dgn buah prune.

Nota :
1 Pada lapisan pertama, gunakan api atas bawah dgn suhu 170-180 darjah Celsius. Setelah lapisan pertama hampir masak, tukarkan oven kpd fungsi grill dan bakar sehingga kekuningan.
2 Lapisan kedua sehingga akhir, gunakan api grill sahaja.
3. Kalau suka, pada setiap lapisan boleh disapu dgn mentega cair.






Yang di bawah ni pula.. Kek Lapis Lempuk Durian yg saya buat khas utk Mami Asmah Laili. Oleh kerana hadiah, x dapatlah saya dissect dan posing2kan tekstur dan rupa keknya yer! Setakat rupa di luar jer ;). Semoga Mami berpuas hati dgn hasilnya, mudah2an. Kalau kurang enak, "mintak ampunzzz" Apapun, resipinya ada di sini.



Sunday, August 28, 2011

SALAM AIDILFITRI 1432

Buat semua pengunjung, saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, semoga berbahagia selalu hendaknya di samping keluarga tersayang. Yang jauh sentiasa dikenang dan diingati dan yang dekat pula, eratkanlah lagi tali silaturrahim sesama kita.

- BR  

Friday, August 19, 2011

SALAM UKHUWAH

Buat pengunjung2 blog, saya ucapkan terima kasih atas perhatian anda. Saya meminta berbanyak2 maaf kerana tk dapat menunaikan permintaan drpd anda yg berhajat utk menempah kek lapis dari saya kerana  almaklum sajalah, minggu terakhir sebelum raya nanti, ada Pilihanraya Presiden Singapura. Habis cuti2 saya terpaksa kensel!!! Tahun ini even adik beradik dan saudara terdekat saya dah maklumkan yg "dapur/oven saya tutup" LOL!!! Di lain kesempatan mugkin juga ya, Insya'allah..

-BR

Permintaan Resipi - BISKUT ICE-ICE BABY aka ICE NESTUM

Ini permintaan dari seorang pengunjung Sdri Khadija. Harap2 this is what you are looking for ya sis. Saya tukil dari blog DewiCintaDunia  Terima kasih Sis Dewi dan empunya resipi Puan Azyyati.


BISKUT ICE – ICE BABY / ICE NESTUM


Bahan-bahan
250 gm mentega
90 gm gula halus
1 biji kuning telur
80 gm tepung jagung
300 gm tepung gandum
100 gm Nestum (dikidar)
1 sudu besar vanilla
perisa coffee utk haisan

Cara Membuat :
Pukul mentega dan gula hingga kembang. lepas tu masukkan kuning telur, tepung jagung, tepung gandum, Nestum dan vanilla. Gaul rat-rata.

TOPPING (MERINGUE)
1 sudu makan meringue powder
6 sudu makan gula icing
¼ cawan air
1 sudu makan tepung jagung

Cara Membuat
PUKUL meringue powder dan air hingga kembang ,lepas itu , masukkan gula icing dan pukul hingga kembang , akhir sekali masukkan tepung jagung.

Langkah Seterusnya:
Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana resipi ini telah tergantung sekian lama tanpa cara yang lengkap. Resepi asal memang saya dapat banyak ni saja.

* untuk makluman, saya pun tak pernah cuba resipi ni, jadi kena try at your own risk ye..maybe buat setengah adunan dulu. Kalau saya dan cuba nanti, bolehlah saya guide rakan-rakan

Jadi untuk tidak menghampakan semua, saya sambung cara penyediaan biskut ini seperti berikut;

1. canai adunan biskut mengikut ketebalan yang disukai, tapi selalunya dicanai nipis dan terapkan sebesar duit syiling 50 sen. Susun di atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

2. kemudian, paipkan adunan meringue ke atas biskut tadi, lorekkan dengan lidi yang telah dicelup dengan perisa coffee untuk mencantikkan biskut.

3. seterusnya bakar pada suhu 150 darjah celcius - 180 darjah celcius bergantung kepada jenis oven sehingga masak.

*untuk mengetahui sama ada biskut tersebut telah masak atau belum, bolehlah tolak salah satu biskut dan kalau senang nak tanggal, maksudnya masaklah tu.

 * Resipi ni saya C&P jer dari blog asal Tuanpunya yer.. thanks.

Thursday, August 11, 2011

IFTAR....

Sekedar berkongsi foto2 ttg juadah Iftar dan juga yg lain yg x sempat upload sebelum ini. Jom cuci mata jer..














Sunday, July 31, 2011

RAMADHAN AL-MUBARAK

Kepada semua umat Islam. saya ucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan  dan Selamat Berpuasa. Semoga kita semua diberi kesihatan rohani dan jasmani utk menjalani ibadah rukun Islam yg ketiga ini.

Salam dari BR.

Monday, July 25, 2011

KEK LAPIS BLUEBERRY CHEESE WITH NUTELLA

Salam sejahtera and selamat petang utk anda semua. Berbanyak maaf saya pohon kerana dah lama x update blog. Kebelakangan ni banyak dugaan yg saya terima dan harus saya tempuhi. Saya simpulkan bahawa segala yg berlaku ini adalah ketentuan Allah SWT. Semoga ianya dapat membersihkan dosa2 saya yg lampau dan yg akan datang Insya'allah.

Dalam mengejar cita-cita and matlamat hidup kita dalam dunia yg serba mencabar ni, kita sering alpa dgn lima perkara ni :
1) sihat sebelum sakit
2) muda sebelum tua
3) kaya sebelum miskin
4) lapang sebelum sempit
5) hidup sebelum mati

Bila dah terhantuk baru nak terngadah... bila dah berlaku baru nak sedar...... Apapun,  saya bukan nk mengajar cuma sebagai saudara seIslam, baiklah kita hidup berpesan-pesan sesama kita. Semoga kita tergolong drpd orang2 yg mendapat hidayah dan taufik dari NYA, Insya'allah, Amin...

Sebelum saya teruskan coretan ini, saya nak mohon berbanyak2 maaf jika lately saya tk dapat balas/jawab pertanyaan anda2 semua. Kalau very urgent atau mustahak, bolehlah email kat saya. Kalau terdaya jawab, saya jawab. Kalau tk pun, saya cuba bantu setakat yg termampu.

Untuk kali ini saya nak share resipi kek lapis blueberry cheese dgn nutella, iaitu gabungan lapis blueberry cheese dgn lapis nutella.- di mana kededuanya merupakan kek2 lapis fofular saya, heheh. Kalau anda dah pernah cuba kededua resipi2 ni anda tentu dapat bayangkan rasa blueberry yg di gabungkan dgn cheese dan nutella. Fuyooo, mengancam seh!!

So, here's the recipe :



 
Bahan-Bahan
500 gm mentega 
125 gm Philadelphia cream cheese (jenama KRAFT)
1 sudu besar  ovellette
180 gm gula

10 biji telur (saiz besar)
1 tin (397gm) susu pekat manis

260 gm tepong Hong Kong
100 gm horlicks

300 gm blueberry pie filling
1 sudu teh esen blueberry (optional)
sedikit pewarna ungu

125 gm keju cheddar (jenama KRAFT) (diparut agak halus)
375 gm ( 1 botol) Nutella untuk di bubuh pada lapisan kek

Cara :

1. Pukul mentega, cream cheese dan ovalette sehingga sebati. (kira-kira 6 minit)
2. Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kembang. (lagi kira-kira 3-4 minit)
3. Masukkan pula telur sebiji-sebiji dan terus pukul hingga kembang dan rata. (kira-kira 3-4 minit)
4. Seterusnya, perlahankan speed mixer anda dan masukkan susu pekat. Pukul sebentar.
5. Kemudian, perlahankan lagi speed mixer anda dan bubuh tepung Hong Kong dan horlicks. Gaul rata.

6. Bahagikan adunan kepada dua bahagian.
-  Satu dibiarkan plain dan yg satu lagi dibubuh blueberry pie filling, esen blueberry dan pewarna ungu.

7. Bakarlah menggunakan loyang 10”x7”, 8”x8” atau 9” x 9” yg telah di alas kertas dan digris pada dasar loyang dan sekelilingnya. Suhu kira-kira 180 – 200 darjah Celsius.

8. Ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan dalam loyang kek. Taburkan sedikit keju parut di permukaan lapisan. Bakar dgn api atas bawah sehingga masak. Bagi lapisan kedua hingga akhir, tukarkan suhu oven kpd api atas jer (grill).
Seterusnya, utk lapisan kedua, ambil 2 senduk adunan blueberry  dan ratakan di atas lapisan pertama tadi.
  
9. Utk lapisan ketiga, ambil 2 senduk adunan plain dan ratakan atas lapisan kedua tadi. Kemudian bubuh Nutella secara “rawak” *random* di permukaannya dgn menggunakan sudu kecil. Bakar hingga masak. Buat begini sehingga habis semua adunan.

Selamat mencuba, saya doakan kejayan anda, Insya’allah.



Catatan:
Mengenai corak lapisan samada 2 plain, 2 ungu atau 1 plain 1 ungu, terserah pada kreativiti dan citarasa anda.
Berat kek ini melebihi 2kg. Berbaloi dok depan oven selama 2 jam kerana hasilnya yg sudah tentui memuaskan anda. 

Tuesday, May 31, 2011

Salam Bahagia

Salam untuk semua. Buat masa ini,dek kerana sbb2 kesihatan, maaflah saya tak dapat update blog dan menjawab pertanyaan anda. Insya'allah, bila keadaan kembali biasa, akan saya update yer. Harap maklum...

Salam ukhuwah dari saya
BR

Monday, May 23, 2011

CREAM PUFFS / ECLAIRS

Of late, I'm not in the pink of health. Kadang2 darah go upstairs....kadang OK. Walau apa pun, kita terimalah seadanya. Anggaplah ia semacam sesuatu perkara yg berlaku utk menghapuskan dosa2 kita yg lalu...Insya'allah.

Kelmarin, semasa jumpa members sekolah lama.. saya ada buat cream puffs / eclairs. Anda boleh rujuk kpd resipi yg dah saya postkan dahulu cuma kalau buat eclairs, sukatan bagi air tu anda boleh tukarkan kepada separuh bahagian susu dan separuh lagi air biasa. Kalau tk nk pun xper. OK jugak.

Masa buat tu kelam kabut, balik kerja terus buat. Tu yg nmpk slekeh sket tu hah.. Apa pun, ni sekedar nak berkongsi idea jer. Tak perlulah kita stereotypekan kalau cream/custard puffs tu kena gunakan custard dan cream jer. Kita boleh pelbagaikan inti dan perisanya mengikut citarasa kita sendiri. Jom, tgk pics ni.


Yang ini, saya gunakan whipped cream dan bubuh perisa coffe oil dan coffee emulco bagi mereka yg minat pada keharuman bae kopi.



For a change, yang ini pula, saya gunakan plain whipped cream dan bubuh blueberry di dalam kelongsong tersebut.




Dan yang terakhir ni, saya bubuh melted chocolate ke dalam whipped cream dan gaul menjadikan ia perisa cokelat. 



Monday, May 16, 2011

KARI IKAN KERISI


Menu semalam...... ala2 India gitu... Apapun, yg jelas sumer resipinya ada gunakan daun kari!








Dan yang ini pula hidangan beberapa hari yg lalu.....