Tuesday, January 26, 2010

ROTI PAUN

Kalau tak silap saya, ada seorang pengunjung blog yg request resipi Roti Paun ni, tak berapa lama dahulu. Kebetulan, saya terjumpa resipi ni di Internet dan dapatlah saya berkongsi. Di harap ianya menepati citarasa anda ya. Gambar dan resipinya saya tukil langsung dari sumbernya. (Note : Saya belum mencuba resipi ni.. kalau sesiapa yg dah cuba, bolehlah beri feedback ya!)
















ROTI PAUN
(sumber
: rnana , Forum Komuniti Teratak)

Bahan-Bahan

*300 gm tepung
*80 gm gula
*20 gm susu tepung
1 biji telur (saiz AA)
1 camca teh yis (campurkan dengan 1/2 cawan air suam)
1 camca besar majerin
1/2 camca teh pelembut roti (bread softener)
sedikit bread improver

3 bahan bertanda * saya timbang sekaliarung.. = 400gm semuanya..


Cara:

1) tepung + gula + susu tepung + bread improver = gaul biar bercampur
2) lubangkan tengah.. masukkan telur..
3) masukkan majerin
4) gaul rata then masukkan air+yis
5) uli then masukkan pelembut roti..
6) uli jadi doh (tak payah lama sangat.. asalkan dah jadi doh)
7) perap doh n biarkan naik.. (resepi asal suruh perap 2 jam.. saya letak kat luar rumah.. tak sampai sejam doh dah naik)
8 ) bentuk2kan... then saya letak majerin sikit kat tengah2 bun.. (macam tahi lalat laa)
9) bakar about 20 minit @ 180C
10) bila dah masak.. gliskan dengan majerin...


*** lepas bentukkan tak payah tunggu dia naik lagi.. boleh terus masukkan kat oven..

*** doh ni agak melekit.. so.. saya just tabur2 tepung je.. 1 adunan boleh dapat 16 biji bun yang sederhana..

*** kalau mak saya dia tak tunggu doh ni naik pun.. lepas uli.. dia terus bentukkan.. then tinggal kejap then terus bakar..


Nota : Resipi langsung dari sumber.

Monday, January 25, 2010

SALAM

Maaf semua. Kebelakangan ni, kesihatan kurang memberangsangkan tp Alhamdulillah masih sihat. Sekali sekala sakit tu adatlah... Cuma sekarang ni mudah terasa fatigue setelah pulang dari pejabat. Hujung minggu pula rasanya mcm nak relax jerr lama2. So, kalau skarangni jarang ada updates, faham2 yer.. Insya'allah, ada masa saya update dan jawab apa jua pertanyaan selagi termampu. Terima kasih atas kunjungan anda, semoga anda sihat2 selalu hendaknya.
Sementara tu, saja nak kongsi pic Kek Lapis Chocolate Cadbury yg saya buat last week sebelum saya jln2 ke KL... Resipinya saya adaptasikan dari Lapis Nutella.















































Sempat gak singgah di Melaka dan makan tengahari di gerai makan yg menjual asam pedas... Perut tgh lapar, sumer lauk sedap....tapi mmg sedap kot. Tempatnya kurang pasti tapi di sekitar area Dataran Pahlawan. Lauk asam pedas dan sotong bersambal, ulam raja dan kacang boto, hmmmm... Tapi harganya pun boleh tahanlah.... Teringat bab sotong tu harini pun masak lauk sotong sambal, lebih kurang mcm kat Melaka laa




Saturday, January 09, 2010

FRUIT BASKETS (GUBAHAN)


Semalam dapat saya sempurnakan hajat teman sepejabat utk sesuatu gubahan yg mudah utk majlis pertunangan. Fruit Baskets atau Bakul Buah2an ni pernah saya buat beberapa tahun yg lalu. Nak buatnya tak begitu susah cuma makan masa jer..




Saya menggunakan resipi krim puff (sila rujuk pada resipi krim puff yg telah saya poskan terdahulu). Buatkan kelongsong seperti biasa dan bakar sehingga masak. Selepas tu, buangkan bahagian atasnya dan gunakan bahagian bawah sahaja. Kemudian, picitkan adunan dan buat bentuk "U" utk dijadikan tangkai bakul tadi. Bakar sehingga masak.

Masak pula krim kastadnya pula dan picitkan ke dalam bakul2 tadi. Kemudian cucukkan pula tangkainya dgn berhati2. Sesudah itu, susun buah-buahan pilihan anda ke dalam bakul2 tersebut. Gliskan buah-buahan tadi dgn sedikit apricot gel yg telah dimasak sebentar dgn sedikit air. Siap....





Buat MamaFami, Insya'allah, jika saya buat lagi akan saya updatekan pic nya step-by-step sebagai panduan yer. Meantime, saya harap penerangan serba sedikit ttg camner saya buat fruit baskets ni dapat membantu anda semua ya.

Sekarang ni jom layan gambar2 yg saya snap dari pelbagai sudut. Hopefully, ia dapat membantu anda visualize dgn lebih teliti lagi yer!




Sunday, January 03, 2010

OPOR AYAM

Salam sejahtera semua.. Lama dah 'menghilang' , bukan apa, berhenti rehat sementara... Agar nanti dapat 'charge' tenaga semula. Kepada pengunjung yg sentiasa berkunjung, terima kasih saya ucapkan. Diharap dapatlah ceduk sedikit-sebanyak ilmu yg saya kongsi di sini.


Selamat Tahun Baru Masehi 2010 saya ucapkan pada semua. Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yg lebih baik dari tahun yg sudah. Apa pun, harini, macam terlebih rajin pulak. Lepas pi pasar, balik terus jer masak, heheh.. Dekat dua jam lebih kat dapur. Jom lihat pic nya ....




















OPOR AYAM

Bahan-Bahan
500 gm nangka muda (yg siap dibersihkan, rebus dgn air dan sedikit garam sehingga empuk)

Bahan Kisar (halus)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 inci lengkuas
4 biji buah keras
1 sudu teh bumbung serbuk jintan putih
2 sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu teh serbuk kunyit
Sedikit air utk mengisar

Di campurkan dgn bahan kisar
2 batang serai
5-6 batang cili padi
2 btg cili hijau (dipatah-patah)

secukup minyak utk menumis (anggaran 5-6 sudu besar)
1 ekor ayam (kira-kira 1.3 kg)- dibuang kulit, bersihkan dan potong ikut suka)

Bahan-Bahan Tumis
8 ulas bawang merah
3 inci kayu manis
4 kuntum bunga cengkih
4 biji buah pelaga
4-5 helai daun limau purut

Garam secukup rasa
1 sudu teh gula (optional)

4 tangkai cili merah (belah dua) – optional
4 tangkai cili hijau (belah dua) – optional
3 sudu makan kerisik
2 sudu makan bawang goreng
300 ml santan pekat
100 ml santan pekat + 800 ml air- jadikan santan cair


Cara:

1) Panaskan minyak dalam periuk lalu tumis bahan2 tumis sehingga garing.

2) Masukkan pula dan tumis lagi sehingga naik baunya. Kemudian, masukkan ayam dan gaul rata.

3) Bubuh santan cair dan garam lalu masak sehingga ayam empuk. Kemudian kecilkan api.

4) Masukkan nangka, santan pekat, kerisik dan dan gula (optional). Masak agak lama sdikit, baru masukkan cili merah/hijau. Biarkan sehingga kuahnya pekat sedikit sebelum dimatikan api.