Monday, December 31, 2007
PANDAN CHIFFON CAKE
Upon request by my dearest wife, made this pandan chiffon cake a few days ago. The recipe can be found in my earlier entry. Anyway, saya attachkan sekali lagi resipinya di sini.
KEK CHIFFON PANDAN
Bahan-bahannya
8 biji telur
8 oz gula halus
8 oz tepung Softasilk(boleh gunakan Superfine flour/Top flour)
4 oz pati santan (saya gunakan santan KARA dlm kotak)
1 oz air pandan (diambil dari 4 helai daun pandan yg dikisar dgn sedikit air)
1 sudu teh pandan paste
3 oz minyak jagung
½ sudu teh vanilli
½ sudu teh garam halus
½ sudu teh cream of tartar
½ sudu teh baking powder
Peraturannya:
Masukkan tepung , 4 oz gula , vanilli , garam dan baking powder ke dalam sebuah mangkuk. Kacau hingga rata. Masukkan minyak jagung , pati santan, pandan paste & air pandan lalu dikacau rata-rata. Masukkan kuning telur dan kacau lagi hingga sebati. Ketepikan.Pukul putih telur dgn cream of tartar. Masukkan 4 oz gula sedikit demi sedikit dan terus pukul dgn high speed hingga naik. Masukkan adunan tepung tadi ke dalam adunan putih telur tadi. Kacau rata hingga sebati tapi jgn terlalu lama agar tak banyak udara keluar dari adunan ini. Tuang adunan ke dalam acuan lalu dibakar hingga masak kira-kira 40-45 minit dgn suhu kira-kira 170 -180 darjah Celsius. Setelah masak, terbalikkan loyang kek chiffon ini dan biarkan begitu sehingga kek betul2 sejuk.
Nota:
1) Kalau nak ringkas, tak perlu guna air pandan. Bubuh saja 2-3 sudu teh pandan paste dan lebihkan santan kpd 5 oz.
2) Resipi asal menggunakan tepung Softasilk tapi ada feedback yg mengatakan tpg Softasilk jenama Betty Crocker's ada mengandungi bahan yg terlarang. Tentang jenama lain pula, saya kurang pasti.
Thursday, December 27, 2007
LAKSA GORENG
So, sebaik saja pulang dari pejabat, saya langsung pi dapur utk menyediakan hidangan LAKSA GORENG. Dah lama anak bongsu saya request suruh saya masak laksa ni, baru ni dpt ditunaikan. Berikut adalah resipi dan picnya sekali yaa. Resipi asalnya dari sebuah buku masakan tempatan tetapi saya telah membuat sedikit penyesuaian mengikut citarasa saya. Sesiapa nak tukar selera dari laksa biasa yg berkuah, bolehlah mencubanya.
LAKSA GORENG
Bahan-Bahan
1 kg mee taibak (mee cendol)
250 gm taugeh
segenggam daun kesum (sedikit dihiris, yg lain biarkan sehelai2)
400 gm ikan tenggiri (direbus, buang tulang & hancurkan-jgn terlalu halus)
2-3 keping besar fish cake (dihiris)
Bahan-Bahan Kisar
3 sudu makan ikan bilis kering (rendam)
½ inci kunyit hidup (atau 1 sudu makan kunyit serbuk)
1½ biji bawang besar
3 ulas bawang putih
4 sudu makan lada kering kisar
½ inci lengkuas
1 batang serai
2 cawan santan pekat (atau 200ml santan kotak + 300 ml air)
2 sudu makan (bumbung) rempah kari ikan
2-3 sudu makan kerisik (gunakan yg ready-made jer)
2 biji jus limau kasturi
secukup minyak utk menumis
sedikit garam, gula
Cara-Cara
Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan-bahan kisar hingga garing dan wangi. Setelah itu masukkan pula rempah kari ikan, kerisik dan ikan rebus. Gaul rata. Kemudian, masukkan pula santan dan jus limau kasturi. Kacau sekali sekala, jangan sampai ianya berkerak. Masukkan garam dan gula dan terus masak hingga pekat. Setelah itu, masukkan mee, fish cake, daun kesum dan kacau hingga rata dan kering sedikit. Tambahlah apa-apa yg kurang. Akhir sekali masukkan taugeh, gaul rata lalu matikan api. Semasa menghidang, taburkanlah sedikit bawang goreng dan hirisan cili merah/hijau.
Tuesday, December 25, 2007
AGAR-AGAR PELANGI
Semalam Christmas eve- seharusnya kerja half day tapi khidmat/servis di jabatan pemerintah dan badan berkanun (Stat Board) jalan terus.....seperti biasa sehingga jam lima. Oleh kerana baru jer nak kembali sihat dari flu, terasa penat gak setelah pulang dari ofis. So, atas saranan org rumah, saya pun cuba2lah makan royal jelly. Pastu minum kopi lak, heheh dah lama tak minum kopi O- nyamannn....
Oleh kerana kesan kedua-dua tu agaknya, mata ni tak terasa ngantuk dan badan pun terasa cergas walaupun dah pukul 11 mlm. Daripada terus tgk tv atau mengadap pc, baik buat sesuatu yg lain. Lagi pun esoknya cuti umum. Pikir punya pikir, hah....akan ku cuba buat Agar-Agar Lapis- sesuatu yg ingin sangat saya cuba tp belum ada keyakinan diri dan resipi yg boleh dipercayai. Lantas ku semak beberapa resipi agar-agar ini yg ada dlm simpanan dan mengambil keputusan utk mencuba resipi AGAR-AGAR PELANGI INDAH dari buku Pn Asmah Laili.
Utk percubaan pertama kali ni, mungkin warnanya tak seindah pelangi lah! Walau bagaimana pun, yg penting ialah pengalaman yg dapat ku timba semasa membuatnya. Tapi nasihat saya, jika anda nak membuatnya harus ada kesabaran kerana masa membuatnya memakan masa lebih kurang 2 jam. Jom kita lihat gambar dan kalau nak cuba, here's the recipe!
AGAR-AGAR PELANGI INDAH(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya)
Bahan A
20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml air
6-8 helai daun pandan
Bahan B20 gm serbuk agar-agar
340 gm gula pasir
1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
- saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..1 sudu teh garam
Bahan CLoyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Contoh Lapisan:LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTANLAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANGLAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTANLAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANGLAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANGLAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTANLAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG

Sunday, December 23, 2007
HIDANGAN SEMPOI HUJUNG MINGGU
Ah.. weekend again. Rasanya baru semalam je saya cuti tahun. Padahal sejak dari Rabu lalu dah cuti (clear cuti tahun lepaslah katakan.., cuti tahun ni blum jamah lagi!) Tapi, satu aktiviti msk pun tak pegang- asyik dok telan pil doktor dan rehat jer. Kira-kira ambil cuti tidur , heheh! Flu yg ada kat tubuh ni, blum nak pi lagi. Dah dua kali jumpa tabib. Bila nonton TV tuhari, rupanya sahlah kat Spore ni sedang dilanda virus flu. Dilaporkan ramai yg jumpa doktor sejak minggu lalu kerana flu ni. Ishh, ingat2 naper lak dgn aku ni - tetiba sakit lambat baik lak tu. Anyway, hari ni aku bertekad taknak mkn flu tablet lagi. Rasanya dah semakin baik, Alhamdulillah. Segalanya datang dariNya. Insya'allah semua penyakit ada penawarnya kecuali mati. So, hari ni cergas sket. Dapatlah berserakkan dapur semula. Utk malam ni, saya 'rajinkan' diri utk masak seberapa sempoi dan senang. I managed to cook fried rice with sweet-sour chicken nuggets and black-pepper prawns. As I said it- sempoi, jadi masak pun main ikut rasa dan resa jer! Main campak-campak..... Jom tengok hasilnya..
Saturday, December 22, 2007
HARI RAYA KORBAN
Umat Islam di Singapura menyambut Hari Raya Haji pada Khamis 20 Disember 2007. Acara kemuncak di hampir kesemua masjid di Singapura ialah ibadah korban yg dijalankan sejurus selpas tamat Solat Aidil Adha. Tahun ini saya berkesempatan menjadi seorang sukarelawan di sebuah masjid setempat. Sebagaimana lazim, acara korban ini dimulakan sekitar 9.15 minit pagi. Oleh kerana masjid ini hanya sebuah masjid yg kecil dan bukan masjid satelit, ia hanya mengambil tempahan korban sebanyak 80 ekor kambing sahaja. Dan, Alhamdulillah, saya amat kagum dgn semangat dan kegigihan semua petugas sukarelawan yg bekerja dgn komited dari bahagian menyembelih, melapah (skinning), mencincang, menimbang dan pembahagian kpd penempah & jemaah. Keseluruhan acara korban tersebut selesai sejurus selepas jam 2 ptg. Syukur ke hadrat Allah SWT. Berikut adalah sedikit foto acara korban tempohari yg dpt saya abadikan dgn kamera saya.
Wednesday, December 19, 2007
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA
Buat semua pengunjung dan kawan-kawan semua, kami sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1428 HIJRAH. Sama-samalah kita menghayati denagn penuh keinsafan, segala peristiwa bersejarah yang berlaku di sebalik hari yang mulia ini. Semoga saudara-saudara kita yang sedang menunaikan Haji di Makkah pada ketika ini akan diberikan kesihatan dan pulang dengan haji yang mabrur, Insya'allah. Amin...
Tuesday, December 11, 2007
FOTO PERSANDINGAN NORA / SYAWAL
Majlis Persandingan di antara Norazela & Syawal telah berjalan dgn lancar, Alhamdulillah, pada 9 Disember 2007 bertempat di Kelab Masyarakat Kebun Baru. Berikut adalah serba sedikit foto-foto yg dapat saya ambil pd majlis tersebut. Maaflah jika kualiti gambarnya kurang jelas sbb yg mengambilnya mmg bukan pro ! Acara bermula pada jam 10 pagi dgn majlis akad-nikah. Persandingannya pula sekitar jam 2.00 tghari manakala sekitar jam 4 ptg bermulalah sesi persembahan dari artis jemputan. Antara mereka yg hadir termasuklah penyanyi/ dramatis setempat seperti Mastura Ahmad & Roslan Kemat (Jeritan Sepi), Jasmani Basri, Anne Hussin, Eka Mairina, Norfasarie, Syed Azmir dan Pn Som Said, just to name a few.
Di sebelah malam pula, pihak pengantin lelaki telah mengadakan satu majlis makan malam telah diadakan di Kelab Masyarakat Potong Pasir. Di antara yg hadir termasuklah Pn Nona Asiah, Iskandar Mirza, Indra Shahril, Mayuni Omar, Hyrul Anwar, Fauzie Laili dan ramai lagi.

Monday, December 10, 2007
KEK LAPIS BATIK KENYALANG
Baked this Kek Lapis Batik Kenyalang on Saturday 8 Dec 07. Just thought of baking it as a juadah for guests who might drop by at Nora's place on that day. I also did Kuih Bakar Ubi (sorry, pic tak sempat snap!). Resipi Kek ni saya tukil daripada Forum Resipi Diana, sumbangan dari Sdri Zaira. Terima Kasih ya Zaira fr sharing this lovely recipe. My opinion of this cake is; Keknya tidak terlalu manis and I guess will suit most tastebuds. I only did slight changes utk mengikut citarasa saya. For all of you - Lapis Cake enthusiasts out there! plse give this a try. I'm sure it will not let you down. So, here's the recipe.
KEK LAPIS BATIK KENYALANG
Sumber : Majalah Saji, April 2003
Bahan-Bahan
500 gm mentega golden churn (saya gunakan jenama lain jer)
200 gm gula halus
390 gm susu pekat
150 gm horlick
200 gm jem buah-buahan (saya gunakan jem raspberry)
300 gm tepung hongkong
10 biji telur gred A
1 sudu kecil pewarna kuning
1 sudu kecil pewarna hijau
1 sudu kecil pewarna merah
1 sudu kecil pewarna oren - saya tambah 1 lagi warna.
Cara
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih dan kembang. (selama kira-kira 3-4 minit).
2. Di dalam bekas yg lain, pukul telur sehingga kembang (kira-kira 3-4 minit).
3. Campurkan adunan mentega dan telur, pukul hingga sebati atau selama 2 minit.
4. Masukkan susu pekat, jem, Horlick dan tepung. Pukul selama 2 minit.(dgn speed sederhana)
5. Ambil 12 senduk lauk adunan dan ketepikan utk dibuat 3 lapisan bawah dan 3 lapisan atas- 1 lapis 2 senduk adunan. Kemudian bubuhkan dgn sedikit pewarna kuning. Yg selebihnya, saya
bahagikan kpd 3 bahagian- merah, hijau dan jingga (oren).
6. Tuang 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang 9" x 9" yg telah dialas kertas dan digris.
Bakar sehingga 3 lapis adunan kuning ini dgn api grill, suhu 180 -200 darjah).
7. Masukkan adunan merah, hijau (& oren) ke dalam botol sos berasingan. Bila 3 lapisan kuning tadi dah masak, paipkan secara menyerong (diagonally) adunan hijau berselang-seli dgn merah dan oren sehingga menutupi lapisan bawah. Bakar pada suhu yg sama sehingga lapisan masak.
8. Jika terdapat lapisan tadi menggelembung, cucukkan dgn lidi agar ianya rata semula.
9. Kemudian, paipkan pula lapisan 3 warna tadi secara bertentangan dengan lapisan
sebelumnya. Ulangi proses ini sehingga adunan selesai.
10. Untuk lapisan atas, gunakan adunan kuning yang masih ada 6 senduk tadi utk membuat 3 lapisan. Bakar seperti biasa dgn api grill sehingga masak.
Nota:
Anda boleh juga menggunakan acuan yg besar sedikit seperti 10" x 10", jika anda ingin kek anda rendah sedikit. Tapi mmg sudah menjadi kebiasaan, kek2 lapis Sarawak mempunyai bentuk yg tinggi dan cara memotongnya juga berlainan.
Wednesday, December 05, 2007
SELAMAT PENGANTIN BARU
Di kesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada anak saudara kami NORAZELA ROSLI yang akan melangsungkan pernikahan/persandingan beliau dengan SYAWALUDDIN KASSIM pada hujung minggu ini. Semoga rumah-tangga yang bakal dibina akan sentiasa diberkati Allah dan berkekalan hingga ke akhir hayat, hendaknya, Insya'allah.
Sesiapa yang ingin menyampaikan ucap selamat kpd Nora & Syawal, bolehlah berbuat demikian di ruangan COMMENTS ya!
Sesiapa yang ingin menyampaikan ucap selamat kpd Nora & Syawal, bolehlah berbuat demikian di ruangan COMMENTS ya!
Tuesday, December 04, 2007
HARUM MANIS
Kuih Apam Harum Manis ini senang je nak buat. I think this is the 2nd time I've made so far. Kalau ikut peraturannya, sesiapa yg buat, Insya'allah tak akan kecewa. So, bagi penggemar kuih ni, enjoysss the pic and the recipe as well. Kalau rajin dan takde apa2 kerje lain, bolehlah cuba ya!
HARUM MANIS
Bahan-Bahan
200g gula melaka
240 ml air
3 biji telur (saiz sederhana)
135 gm gula pasir
1 sudu teh esen vanilla
240g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
3/4 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam
(Kesemua bahan ini diayak)
40 gm mentega dicairkan
6-7 biji pisang raja
Cara:
1) Gula melaka dimasak dengan air hingga gulanya larut. Kemudian tapis dan sejukkan.
2) Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau-kacau hingga rata.
3) Masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau rata-rata hingga sebati.
4) Sapukan acuan-acuan kecil (atau apa je saiz kegemaran anda) dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan hingga ke paras separuh penuh sahaja. Kemudian, letakkan hirisan pisang keatas adunan tadi.
5) Kukus adunan yg telah dibubuh dalam acuan-acuan tadi itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.
Monday, December 03, 2007
EPOK-EPOK / KARIPAP
Epok-epok sebutan di Singapura manakala di seberang tambak ianya digelar karipap. Sejenis juadah yg biasa dan ringkas utk dimakan pada bila-bila masa saja. Did some yesterday and I actually put in 3 different perisa- ayam, daging dan udang kering. As for the recipe, saya attachkan sekali lagi yaa... It is simple to make yet gratifying.
Epok-Epok
Kulitnya
1kg tepung gandum
4 sudu makan majerin planta
1 sudu makan minyak sapi (kalau tak gemar, boleh ditiadakan)
80 ml minyak masak .......(majerin & minyak sapi dicairkan & campur dgn minyak masak)
350 -375 ml air hangat
1 sudu kecil garam (campurkan pada air hangat)
Cara:
Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar (besen). Tuang ketiga2 minyak tadi ke dalam tepung dan gaul rata. Setelah itu, masukkan air sedikit sedikit dan terus uli menjadi doh yg lembut tapi jgn lembik. Biarkan doh rehat kira-kira setengah jam.
Inti Kentang (Daging)
800 gm kentang (kupas kulit, didadu, lalu direbus ¾ empuk dgn sedikit garam)
4 biji bawang besar (dipotong dadu)
6 sudu besar (bumbung) rempah kari daging Babas (bancuh dgn sedikit air)
300 gm daging lembu/kambing (potong kecil-kecil, direbus hingga ¾ empuk)
secukup minyak untuk menumis
1 sudu teh garam atau secukup rasa
1 sudu teh gula
sedikit daun sup/bawang atau daun ketumbar
Cara:
Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bawang dadu dan tumis hingga bawang layu. Kemudian masukkan rempah kari tadi dan biarkan sebentar hingga rempah garing. Masukkan pula daging dan kacau sebentar. Setelah itu, masukkan kentang, garam dan gula. Biarkan sebentar dan kacau sekali sekala. Kalau perlu, bubuh sedikit air untuk daging dan kentang empuk. Bila daging dan kentang dah empuk sepenuhnya, masukkan daun sup/bawang dan gaul rata. Sejukkan sebelum digunakan.
Nota:
*Jika anda inginkan kulit yg lebih garing, kurangkan sukatan tpg by 50 gm dan gantikan dgn 50 gm tepung beras. I did that and the results- not bad, lebih garing.
*Jika menggunakan hirisan/potongan isi ayam, tak perlu direbus dahulu. Setelah rempah garing, dimasukkan sahaja isi ayam tersebut.
*Jika hendak mengunakan udang kering, bolehlah ambil 2-3 sudu makan udang kering lalu direndam dahulu sebelum ditumbuk halus. Masukkan bersama rempah kari semasa hendak ditumis.
*Bila menggoreng, gunakan api yg sederhana agar kulit epok-epok tu lebih licin dan rata. Setiap satu kali menggoreng memakan masa kira-kira 15 -20 minit. Ini akan membuat epok-epok/karipap anda lebih garing dan tidak mudah lembik.

Thursday, November 29, 2007
Basic BUTTER CAKE
Membuat Butter Cake atau Kek Mentega ada pelbagai kaedah/cara seperti Creaming, All-In atau pun Separated Eggs method. Just to share a very basic butter cake recipe from chef Alex Goh using the Creaming method. I'm pretty sure most of us know how to do it yaa..
BUTTER CAKE
Ingredients:
250 gm butter
200 gm sugar
5 eggs
210 gm flour ( I used HK flour)
1/2 tsp baking powder
.... I add in 1 tsp of vanilla essence.
Method:
1) Place butter, vanilla and sugar in a mixing bowl. Cream till light and fluffy.
2) Add in eggs one at a time and mix evenly.
3) Cream the batter till smooth and light.
4) Lastly fold in the flour and mix till well blended.
5) Pour the batter in a cake mould of any shape.
6) Bake at 180 degrees for about 50 minutes.

YAM CAKE / KUIH KELADI
Saya tertarik dgn Kuih Keladi yg biasanya dimakan oleh kaum Cina. Ianya seperti kuih talam berlauk cuma bahan yg digunakan sedikit berbeza dan juga tidak menggunakan santan. Saya telah mencubanya petang tadi. Walaupun ia menjadi tetapi pada pandangan saya, oleh kerana kuih ini bukan kuih tradisi kaum Melayu, terasa sedikit janggal rasanya (maklumlah, tekak ni dah terbiasa dgn masakan org Melayu ). Anyway, just to share the pic and resipi for your viewing pleasure..
Kuih Keladi/Yam Cake
Ingredients
* 600g Yam/Keladi
* 340g Rice flour
* 50g Tapioca flour
* 1.2 litres water (divided into 2 portions)
* 4 dried mushrooms, soaked and minced
* 5 tbsp dried shrimps, soaked and minced
* 150 gm chicken fillet (diced)
* 6 cloves of garlic, chopped
* salt, pepper and pinch of sugar
* a little chicken stock powder (I used chicken cube)
* 6 tbsps cooking oil
For garnish
* deep fried shallots
* sliced spring onions
* sliced red chillis
Method
1) Mix rice flour and tapioca flour with 1 portion of water. Leave aside.
2) Stir fry garlic and dried shrimps till fragrant. Add chicken fillet. Then add mushrooms. Put aside.
3) Skin yam, cubed. Then put yam, the remaining portion of water, chicken stock powder, pepper, salt, sugar, in a pot. Simmer till it boils. Reduce the heat.
4) Add in the flour solution from step (1). Keep on stirring till mixture thickens a little and add in ingredients (B). Stir again and then remove from heat.
5) Grease a tray, pour yam mixture and steam over high heat for 45 min or till cooked
6) Garnish with spring onions, red chillis and shallots before serving.

Permintaan Resipi SOFT MARBLE CAKE
Buat Heida dan yg lain2 yg ingin cuba membuat Soft Marble Cake dari Puan Aini Salim, here it is! Terima kasih banyak (TQ, TQ,TQ) kepada Sdri Lela yang telah bersusah payah membongkar peti2 besi & kayu beliau dan yg sewaktu dgnnya..heheh...utk mencari resipi ini agar dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama.
Soft Marble Cake
( Pn Aini Salim )
Bahan_Bahan
270 gram mentega
260 gram tepung gandum
250 gram gula kastor
10 gram koko serbuk
6 biji telur saiz besar
2 sudu makan susu manis
1 sudu makan rata ovalette
1 sudu makan air paip
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla serbuk
Cara-caranya:
~ Mentega, susu dan vanilla disatukan kemudian dipukul hingga putih. Ketepikan.
~ Telur, ovalette, air, baking powder, tepung dan gula disatukan. Pukul hingga kembang.
~ Masukkan adunan mentega dan kacau rata.
~ Keluarkan 1/4 bahagian adunan dan campurkan dengan koko serbuk atau warna cokelat.
~ Siapkan tin kek berukuran 10 x 7 x 3 inci yang sudah dialas kertas dan disapukan mentega.
~ Masukkan 3 senduk adunan plain dan 1 senduk adunan koko dan ulang cara ini hingga semua adunan selesai digunakan.
~ Bakar adunan dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 45 minit.

Sunday, November 25, 2007
RESIPI-RESIPI KEK LAPIS
Of late, memang tak banyak updates sbb masa tak mengizinkan... (maybe alasan kot!). So, sebagai tidak menghampakan sesiapa yg mengunjung ke blog saya, di sini saya postkan beberapa resipi-resipi kek lapis dari chef tempatan Puan Aini Salim. Saya sendiri belum berkesempatan mencubanya. Jika sesipa yg sudi mencuba, silalah dan perhaps boleh berkongsi maklum-balas ttg resipi tersebut. So, here they are.
KEK LAPIS TASIK BIRU
Bahan-Bahan
24 biji kuning telur
4 biji putih telur
500 gm mentega
300 gm gula kaster
180 gm tepung halus
200 gm walnut (dicincang)
30 ml air dingin
1 sudu makan penstabil
1 sudu makan vanilla atau minyak berperisa mentega
pewarna biru
Cara
1. Satukan mentega dgn vanilla atau minyak berperisa mentega dan pukul hingga putih. Ketepikan.
2. Satukan telur, gula, penstabil, tepung halus dan airdingin di dalam mangkuk lain lalu dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan pula adunan mentega dan digaul rata.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 2 bahagian dicampurkan dgn walnut dan yg 1 bahagian lagi diwarnakan biru.
4. Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan walnut ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan walnut dan bakar lagi 2-3 minit.
5. Kemudian , bubuh 2 senduk adunan biru, ratakan dan bakar. Ulangi proses melapis berselang-seli 2 lapis adunan walnut dan 1 lapis adunan biru.
6. Pada lapis penghabisan, apabila telah kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 180 darjah Celsius selama 5-10 minit.
KEK LAPIS PELANGI SENJA
Bahan-Bahan
27 biji kuning telur
480 gm mentega
230 gm gula kaster
160 gm tepung gandum
1 sudu makan penstabil
4 sudu makan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk penaik
coklat cip secukupnya
pewarna merah, hijau dan kuning
Cara
1. Satukan mentega dgn susu lalu dipukul hingga kembang. Ketepikan.
2. Satukan telur, gula dan penstabil di dalam mangkuk lain. Pukul hingga naik dan pekat. Masukkan tepung dan gaul rata. Masukkan pula adunan mentega lalu digaul rata.
3. Bahagi adunan kepada 3 bahagian; 1 bahagian diwarnakan merah, satu lagi hijau dan yg satu lagi kuning.
4. Sediakan loyang berukuran 10 x 7 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan kuning ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan kuning , ratakan dan tabur coklat cip. Bakar lagi selama 2-3 minit.
5. Ulangi proses melapis dgn warna hijau seperti dalam langkah 4.
6. Seterusnya, ulangi proses melapis dgn warna merah. Coklat cip hendaklah di tabur pada setiap dua lapisan.
7. Pada lapis penghabisan, apabila kek telah masak, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 150 - 200 darjah Celsius selama 5-10 minit.
KEK LAPIS SAMPOERNA
Bahan-Bahan
25 biji kuning telur
500 gm mentega
250 gm gula kaster
170 gm tepung gandum
100 gm ceri (didadu)
50 gm halwa pala (dicincang)
50 gm badam (dipanggang dan dikisar)
1 sudu makan penstabil
5 sudu makan susu pekat manis
3 sudu makan madu
1 sudu teh esen buah pala
Cara
1. Satukan mentega, susu, madu dan esen pala. Pukul hingga putih dan ketepikan.
2. Satukan telur, gula, penstabil dan tepung lalu dipukul hingga naik dan pekat. Masukkan adunan mentega dan digaul rata. Masukkan pula ceri, halwa pala dan badam. Gaul rata-rata.
3. Sediakan loyang berukuran 9 x 9 x 3 inci. Alaskan dgn kertas dan sapu dgn mentega. Bubuh 2 senduk adunan ke dalam loyang, ratakan dan bakar dgn api grill selama 2-3 minit. Bubuh lagi 2 senduk adunan, ratakan dan bakar selama 2-3 minit.
5. Ulangi proses melapis sehingga adunan selesai.
6. Pada lapis terakhir, apabila kek telah nampak kekuningan, matikan api grill dan hidupkan api ketuhar. Bakar kek pada suhu 200 darjah Celsius selama 10 minit.