Followers

Friday, December 24, 2010

KEK LAPIS ANEKA COKELAT a.k.a. LAPIS MUTIARA

Sebenarnya Kek Lapis ini terilham dari resipi kek lapis mutiara yg mmg byk versinya di internet. Saya cuma pelbagaikan cokelat yg ada di dalamnya sebagai satu percubaan. Kebetulan pada masa tu, byk cokelat2 yg 'tersadai' kat peti sejuk saya. Alhamdulillah, anak2 saya gemar dgn rasanya. Maaflah kepada empunya resipi yg asli krn kekadang tu saya mmg gemar membuat kelainan dalam kek2 yg saya buat. Harap2 taklah merosakkan nama baik kek ini yer, hihi...





KEK LAPIS MUTIARA

Bahan-Bahan

450 gm mentega

1 sudu besar ovallete

150 gm gula kaster

10 biji telur

220 gm tepung Hong Kong (diayak)

150 gm Nestum (kisar halus)

1 tin susu pekat manis (boleh kurangkan ikut selera masing2)

2 sudu besar chocolate emulco

1 sudu teh pewarna cokelat (yg pekat)

500 gm cokelat masakan - cairkan

secukup biskut Kit Kat / atau biskut jejari

secukup chocolate Hershey’s cookies n cream (dipotong2)

secukup chocolate cadbury (dipotong2)




Cara

1. Pukul mentega, ovalette dan gula sehingga kembang.

2. Masukkan telur satu persatu dan terus pukul.

3. Masukkan pula susu pekat dan pukul.

4. Selanjutnya, perlahankan speed mixer lalu

masukkan tepung dan nestum. Pukul sebentar jer agak2 adunan dah sebati/rata.

5. Akhir sekali, masukkan chocolate emulco & cokelat masakan. Kacau hingga rata.

6. Ambil 2 senduk adunan dan mulalah melapis kek ini sehingga selesai. Pada setiap lapisan kedua atau ketia bolehlah anda susunkan cokelat Kit Kat tu atau pun biskut jejari..

Saturday, December 11, 2010

GUBAHAN MERTABAK LAPIS CREAM CRACKER

Mission : Kena siapkan gubahan Mertabak Lapis utk Sabtu 11 Dec 2010
Date/Place of Order : 5 Dec 2010 / Batam Island (aku nak enjoy2 kat Batam, sempat kau stresskan aku yer Encik M dan Puan E....) tp takpe, aku ikhlas tolong..
Time Frame : 4 hours ( Friday 10pm - Sat 2am)
Mission Accomplished, Delivered : Saturday, 7.45am.


Jom, cuci mata jer....
Resipi pada entry dahulu. Sila rujuk di sini



Monday, December 06, 2010

SELAMAT MENYAMBUT MAAL/ZIKRAL HIJRAH

Buat semua pengunjung2, saya mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Islam 1432 Hijrah.